Saksikan telefilem Mencari Siratul Mustaqeem yang akan menemui penonton pada 2 Julai 2022, hari Sabtu pada jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh strim secara online di www.tonton.com.my
Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Hashim Rejab.
Sinopsis Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem
Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem menampilkan barisan pelakon seperti Fauziah Nawi, Fasha Sandha, Elisya Sandha, Aidil Aziz, Syafie Naswip, Fadilah Mansor dan ramai lagi.
Ianya mengisahkan tentang Hadijah (Fauziah Nawi) yang mahu hidup bahagian bersama anak dan cucunya. Tiada apa lagi yang dipinta tetapi kecapi kebahagiaan bersama keluarga yang tersayang.
Selain itu, dia juga mahu tumpukan perhatian kepada ibadah dan mencari Siratul Mustaqeem. Namun, ujian melanda Hadijah apabila anak-anaknya ditugaskan berjauhan dan hanya pulang sekali-sekala bagi menjenguk ibu atau neneknya tersebut.
Lebih teruk lagi apabila pandemik Covid-19 melanda seluruh Malaysia dan arahan PKP atau Lockdown dilaksanakan. Anak-Anaknya yang bertugas sebagai frontliner tidak dapat balik dan Hadijah dicengkam kesepian.
Ditambah pula dengan hasutan jiranya terutamanya Senah (Fadilah Mansor) yang menyakitkan hati dan membandingkan dengan anaknya yang kaya dan dapat hidup bersama.
Situasi ini membuatkan Hadijah sedih namun kehadiran Ali dan keluarga kecilnya memberi sinar kepada Hadijah dan dapatlah beliau menumpang kasih.
Post a Comment