Ukir Nama Pada A&W 2022 Collector's Mug Secara Percuma Bermula 14-17 Julai Ini

Ukir Nama Pada A&W 2022 Collector's Mug Secara Percuma Bermula 14-17 Julai Ini

A&W hari ini mengumumkan dimana pelanggan mereka yang mempunyai A&W 2022 Collector's Mug boleh customize secara percuma bermula 14 hingga 17 Julai 2022 hanya di cawangan A&W Sunway Pyramid.

Caranya adalah, anda boleh beli atau dapatkan A&W 2022 Collectors Mug dimana-mana cawangan A&W seluruh Malaysia dan bawa ke A&W Sunway Pyramid untuk dapat ukiran nama secara percuma bermula pada jam 12 tengah hari hingga 8 malam yang mana terhad untuk 2 ukiran setiap pelanggan.

Tidak semestinya anda hanya perlu beli mug tersebut di cawangan A&W Sunway Pyramid. Di mana-mana cawangan pun boleh tetapi mesti edisi 2022.

A&W 2022 Collectable Mug ini adalah berharga RM49.90 sebuah. Tetapi anda boleh dapatkan dengan harga RM35.00 sahaja dengan sebarang pembelian combo.

Ukir Nama Pada A&W 2022 Collector's Mug Secara Percuma Bermula 14-17 Julai Ini

Jadi apa tunggu lagi, dapatkan mug edisi terhad anda sekarang. Stok adalah terhad dan ianya adalah First Come, First Serve

Untuk info lanjut dan maklumat terperinci, boleh pergi ke laman facebook rasmi A&W Malaysia.

Gambar : twitter Gn.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post