Cara Semak Keputusan STPM 2021 Secara Online Dan SMS

Cara Semak Keputusan STPM 2021 Secara Online Dan SMS

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah memaklumkan dimana keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2021 akan dikeluarkan pada 18 Ogos 2022 (Khamis)

Dalam tempoh ini, calon sekolah boleh dapatkan slip keputusan peperiksaan STPM di sekolah masing-masing mulai 12.00 tengah hari pada hari yang sama keputusan diumumkan.

Manakala calon sekolah bersama-sama calon persendirian juga boleh semak keputusan secara SMS dan secara online pada hari yang sama.

Cara Semak Keputusan Keputusan STPM 2021 Secara Online

Semua calon STPM 2021 boleh buat semakan secara online mulai jam 12.00 tengah hari pada 18 Ogos 2022 iaitu pada Khamis.

Calon boleh dapatkan slip keputusan penuh STPM 2021 di pautan https://stpm.mpm.edu.my/stpmK

Cara Semak Keputusan Keputusan STPM 2021 Secara SMS

Selain itu, calon juga boleh semakan secara sistem pesanan ringkas (SMS) bagi mendapatkan ringkasan keputusan STPM 2021 bermula 11.00 pagi pada 18 Ogos 2022 (Khamis) sehingga 12.00 tengah hari pada 28 Ogos 2022 (Ahad) dengan cara berikut :

STPM<jarak>NoK/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888

Contoh - STPM 021001105620 WB001A001

keputusan stpm 2021

Sekiranya calon mempunyai sebarang pertanyaan, sila emel ke stpm@mpm.edu.my atau boleh rujuk facebook rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia untuk info lanjut.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post