Drama Cinta Buat Dara Di TV3

Drama Cinta Buat Dara Di TV3

Saksikan drama romantik komedi Cinta Buat Dara yang akan menemui penonton bermula 24 Ogos 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada jam 9.00 malam menerusi slot Lestary TV3 atau boleh strim secara online di aplikasi iQIYI dan www.iq.com

Drama 20 episod bukan adaptasi yang bersiaran bagi menggantikan HoneyMoon merupakan terbitan syarikat produksi Orangetreen Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ng Ken Kin dengan penulisan skrip daripada Shida Zali, Mia Marziah Manaf dan Eita Cordoba

Sinopsis Drama Cinta Buat Dara

Cinta Buat Dara menampilkan barisan pelakon seperti Riena Diana, Syafiq Kyle, Sean Lee, Afifah Nasir, Shah Rezza, Rozita Che Wan, Angeline Tan, Sharifah Shahora, Henzi Andalas, Adam Shahz, Nik Adam Mika, Badrul Muhayat, Wan Nor Azlin, Kenji Sawahi dan ramai lagi.

  • Riena Diana sebagai Nur Dara Anis (Dara)
  • Syafiq Kyle sebagai Hariz
  • Sean Lee sebagai Jason
  • Afifah Nasir sebagai Atirah
  • Rozita Che Wan sebagai Kak Ros
  • Angeline Tan sebagai Aunty Lily
  • Shah Rezza sebagai Harun
  • Sharifah Shahora sebagai Kak Mala
  • Nik Adam Mika sebagai Aniq

⏩ Tonton Drama Cinta Buat Dara - Link 1 | Link 2 | Link 3

Ianya mengisahkan tentang seorang gadis bernama Dara yang kasar dan selalu menimbulkan masalah kepada ibunya beserta seorang jejak bernama Hariz iaitu seorang peminat muzik yang mempunyai ego yang tinggi.

Dara dihantar ke kampung untuk dilatih menjadi gadis yang sopan oleh makciknya yang terkenal di pekan iaitu Kak Ros yang juga bekas juara ratu kebaya. Di kampung, ada pula jejaka-jejaka yang menaruh hati padanya.

Pada suatu hari, Harun iaitu ayah kepada Hariz jatuh sakit dan disebabkan itulah Hariz perlu take over menguruskan kedai runcit ayahnya tersebut.

Disebabkan dia perlukan pembantu di kedainya, Hariz telah mengupah Dara yang telah dihantar ke kampung tersebut. Dari situlah mereka bergaduh, bertumbuh dan berkenalan antata satu sama lain.

Selalu bersama dan hari-hari berjumpa, Hariz dan Dara secara diam-diam menyukai antara satu sama lain. Namun, Atirah si gadis misteri yang pernah dibual Hariz, tiba-tiba datang menghalang.

Adakah hubungan Dara dan Hariz akan terus bersatu? Atau akhirnya gadis misteri tersebut berjaya mencuri hati Hariz?

Drama Cinta Buat Dara Di TV3

Drama Cinta Buat Dara Di TV3

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post