Filem Kan Cheong Di Astro First

Filem Kan Cheong Di Astro First

Saksikan filem Kan Cheong yang akan menemui penonton mulai 11 Ogos 2022, hari Khamis di pawagam rumah anda di Astro First saluran 480 atau secara On Demand. Anda boleh mula sewa dengan harga RM15 untuk tontonan 48 jam secara berulang-ulang.

Filem thriller ini diterbitkan oleh Thinkerbell Studios Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Noor Azlan Shah.

Kan-Che-Ong (kantonis/ hokkien) bermaksud gementar, tergesa-gesa, tegang/ marah

Sinopsis Filem Kan Cheong

Filem Kan Cheong tidak menggunakan ramai pelakon dan antara yang terlibat ialah Nora Danish, Jay Iswazir, Niezam Zaidi dan Shima Anuar.

  • Nora Danish sebagai Ayu
  • Jay Iswazir sebagai Aman
  • Niezam Zaidi sebagai Saiful

⏩ Tonton Filem Kan Cheong Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Ayu yang merupakan seorang gadis yang naif, lemah-lembut dan penakut dimana dia tinggal dan mendengar berita mengenai empat orang pesakit mental yang lari dari hospital

Tidak lama kemudian, seorang lelaki bernama Aman muncul di luar pintu yang datang untuk menghantar barang yang ditempah Nurul. Ayu memberitahu bahawa tiada Nurul dan Aman mungkin tersalah rumah. Ayu meminta Aman segera pergi namun kerana hujan lebat, Aman meminta tumpang berteduh.

Ayu tidak tenang kerana Aman kerap mengganggunya dengan mengetuk tingkap dapur untuk meminta makanan dan merayu supaya diizinkan masuk kerana sejuk berada di luar. Apabila petir tiba- tiba berdentum kuat dan rumah blackout, Ayu hilang kawalan kerana terlalu takut lalu berlari keluar.

Melihatkan sikap Aman yang tidak stabil menyebabkan Ayu ketakutan dan mengesyaki dia salah seorang pesakit mental yang terlepas lari. Apabila Aman memegang pisau atas alasan membantunya memasak, ketakutan Ayu memuncak dan cuba melarikan diri.

Namun apabila dia membuka pintu rumah, Saiful pula muncul di situ. Saiful ingin meminjam telefon kerana keretanya rosak dan handphonenya pula mati.

Ayu terpaksa mengizinkan. Namun, mereka terkejut apabila mendapati wayar telefon telah dipotong dan kucing keluarga Ayu telah dibunuh! Ayu pula segera lari bersembunyi. Siapakah Saiful dan mampukah Ayu menyelamatkan diri?

Filem Kan Cheong Di Astro First

Filem Kan Cheong Di Astro First

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post