Telefilem Selimut Merdeka Di TV3

Telefilem Selimut Merdeka Di TV3

Saksikan telefilem khas sempena Merdeka berjudul Selimut Merdeka yang akan menemui penonton pada 27 Ogos 2022, hari Sabtu pada jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama TV3 atau boleh strim secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd., diarahkan oleh Heykal Hanifah dengan nukilan skrip daripada Mama Bella.

Sinopsis Telefilem Selimut Merdeka

Telefilem Selimut Merdeka menampilkan barisan pelakon seperti Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Shahz Jaszle, Riz Amin, Wan Sharmila, Nurqistina Raishah, Fizz Fairuz, Faezah Elai, Ben Laden, Faiz Faitullah dan ramai lagi.

  • Dato Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Pak Merdeka
  • Shahz Jaszle sebagai Zaki
  • Riz Amin sebagai Azim
  • Wan Sharmila sebagai Sarah

⏩ Tonton Telefilem Selimut Merdeka Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Pak Merdeka dan Mak Asiah yang cuba untuk tidak membezakan kasih sayang antara anak angkatnya, Azim dan anak kandungnya, Zaki.

Kini usia Pak Merdeka telah mencapai usia emas 59 tahun. Mak Asiah telah meninggal dunia namun pada hayatnya, Pak Merdeka mahu menghabiskan sisa hidupnya bersama anak-anak dan memilih untuk tinggal bersama Zaki yang telah berumah tangga.

Puas Azim memujuk meminta Pak Merdeka untuk tinggal bersamanya namun Pak Merdeka memberikan pelbagai alasan. Sedari kecil, Azim cuba untuk memenangi hati Pak Merdeka walaupun dia cuma anak angkat, dia ikhlas sayangkan Pak Merdeka namun entah mengapa Pak Merdeka tetap berkeras untuk tidak mahu tinggal bersamanya.

Sebaliknya, dirumah anaknya sendiri, kehadiran Pak Merdeka pula tidak disukai oleh isteri Zaki iaitu Sarah. Sarah tidak suka Pak Merdeka yang sering memakai bendera yang Pak Merdeka gelarkan sebagai selimut Merdeka.

Dalam masa yang sama juga Pak Merdeka menjaja tentang betapa bangganya dia menjadi anak Merdeka kerana dia dilahirkan pada 31 Ogos. Bagi Sarah, perangai Pak Merdeka menjengkelkan. Namun apakah pengakhiranya?

Telefilem Selimut Merdeka Di TV3

Telefilem Selimut Merdeka Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post