Koleksi Ucapan & Pantun Merdeka Dan Hari Kebangsaan 2023

Ucapan & Pantun Merdeka Dan Hari Kebangsaan 2023

Inilah masanya kita boleh bagi ucapan atau pantun sekali pun sempena Merdeka atau Hari Kebangsaan yang bakal menjelang pada 31 Ogos. Ianya dibuat bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Perayaan ini juga antara yang ditunggu-tunggu setiap tahun. Bagi menunjukkan rasa patriotik dan cinta akan tanah air, ramai-ramai menyambutkan tidak kira agama, bangsa dan faham politik sekali pun. Inilah Hari Kebangsaan.

Dalam tempoh ini, menunjukkan akan cinta kepada negara, kita boleh kibarkan Jalur Gemilang di kediaman kita atau boleh letak di kereta. Boleh ambil bahagian dalam mana-mana aktiviti kemerdekaan. Selain itu, boleh juga sebarkan ucapan Hari Merdeka kepada rakan-rakan terutamanya di media sosial.

Jadi disini ada disediakan beberapa contoh ucapan dan pantun Merdeka atau Hari Kebangsaan yang pada tahun ini disambut untuk kali ke-66.

Senarai Ucapan & Pantu Hari Merdeka Ke-66 Tahun 2023

Jom kita tengok koleksi ucapan dan pantun yang anda boleh gunakan untuk kongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Ucapan 1

Hari ini kita boleh menikmati kebebasan dan kemerdekaan, menikmati keselesaan dan hak yang diberikan kepada kita sebagai warganegara... Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia.

Ucapan 2

Banyak nyawa terkorban, banyak pertempuran yang dilalui sebelum akhirnya kita merdeka…. Hari ini adalah hari yang sangat istimewa dan ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada anda

Ucapan 3

Hari ini kita berpeluang lagi untuk menikmati kebebasan, ketenteraman dan hidup secara harmoni. Bangun pagi dan dapat menghirup udara segar dengan damai adalah sesuatu yang perlu kita hargai.

Selamat Hari Kebangsaan Ke-66

Ucapan 4

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 buat negaraku Malaysia tercinta. Semoga negara kita terus aman, sentosa dan harmoni.

Ucapan 5

Selagi kita Keluarga Malaysia dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan negara, kita semua adalah hero.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-66

Ucapan 6

Elemen penting untuk kita terus pertahanakn kemerdekaan ini ialah melalui ilmu pengetahuan dan semangat nasionalisme yang tinggi untuk membangunkan negara. Salam Kemerdekaan!

Ucapan 7

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sama-samalah kita mengucapkan kesyukuran di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah kita kecapai selama ini. Salam Hari Kebangsaan Ke-66

Pantun Merdeka

Pantun 1

Nama Diberi Ismail Sabri,
Perdana Menteri Malaysia Yang Ke Sembilan,
Keluarga Malaysia Teguh Bersama tema rasmi,
Untuk Sambutan Hari Kebangsaan

Pantun 2

Bunga Raya Bunga Kebangsaan,
Warna Merah Indah Menawan,
31 Ogos Hari Kemerdekaan,
Malaysia Bebas Dari Penjajahan

Pantun 3

Jalur Gemilang Bendera Malaysia,
Megah Berkibar Setiap Hari,
Selalulah Kita Berdoa PadaNya,
Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni.

Pantun 4

Tanah Air Ku Terus Terbilang,
Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan,
Ayuh Kibarkan Jalur Gemilang,
Semarakkan Bersama Bulan Kebangsaan.

Pantun 5

Mencari Umpan Menangkap Ikan,
Buat Santapan Orang Berkelana,
Laungan Merdeka Menjadi Kebanggaan,
31 Ogos Peristiwa Bermakna.

Pantun 6

Baju Kurung Baju Kebaya,
Manis Dipakai Oleh Cik Saloma,
Tidak Luntur Semangatku Malaysia,
Usaha Perjuangan Kita Bersama.

Pantun 7

Sungguh Indah Negeri Melaka,
Tempat Lahir Ramai Pahlawan,
66 Tahun Kita Merdeka,
Hidup Aman Tiada Keperitan.

Pantun 8

Mudik Ke Hulu Naik Perahu,
Berhenti Singgah Di Kampung Indera,
Mari Bersama Berganding Bahu,
Keharmonian Bersama Kekal Sejahtera.

Pantun 9

Dari Kelantan ke Negeri Melaka,
Singgah Berehat Di Pekan Kuantan,
Sudah 66 Tahun Malaysia Merdeka,
Hidup Aman Tiada Keperitan.

Pantun 10

Manis Senyuman, Melanjut Usia,
Bahagia Dicita, Terpancar Di Muka,
Kita Semua Keluarga Malaysia,
Bersama Kita, Sambut Merdeka.

Pantun 11

Burung Bangau Di Sawah Padi,
Luka Berdarah Diikat Tali,
Jika Patriotisme Kurang Disemadi,
Mungkin Sejarah Lampau Berulang Kembali.

Pantun 12

Memang Terbilang Sebuah Hikayat,
Kisah Dahulu Ramai Yang Suka,
Jalur Gemilang Semangat Rakyat,
Dikibar Selalu Tanda Merdeka.

Pantun 13

Sampan Kolek Menuju Ke Hilir,
Sarat Muatan Si Buah Kelapa,
Jangan Berkata Hanya Di Bibir,
Cintakan Negara Apa Buktinya?

Pantun 14

Jalur Gemilang Bendera Negara,
Tanda Malaysia Negara Merdeka,
Sambutan Kemerdekaan Besar Ertinya,
Jangan Dinodai Dengan Dosa Dan Noda.

Pantun 15

Dari Kelantan ke Negeri Melaka,
Singgah Berehat Di Pekan Kuantan,
Sudah 66 Tahun Malaysia Merdeka,
Hidup Aman Tiada Keperitan.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post