Drama Rampas Cintaku Di iQIYI

Drama Rampas Cintaku Di iQIYI

Saksikan drama siri original Rampas Cintaku yang akan menemui penonton mulai 23 September 2022, setiap hari Jumaat dan Sabtu. Episod pertama akan disiarkan pada jam 9.00 malam hanya menerusi platform penstriman iQIYI

Pengguna VIP boleh menonton terus secara VIP Ekspres, manakala tontonan percuma untuk semua pengguna selepas 48 jam tayangan di platform yang sama.

Drama 15 episod yang merupakan adaptasi novel dengan tajuk 'Rampas Cintamu' karya Puteri Jacaranda diterbitkan oleh MIG Productions Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Ejump Mohd.

Sinopsis Drama Rampas Cintaku

Drama Rampas Cintaku menampilkan barisan pelakon seperti Afieq Shazwan, Fasha Sandha, Zarul Husin, Ady Mohammad, Erynn Abdullah, Zarynn Min, Puteri Balqis, Aidil Aziz, Datin Fadhilah Mansor, Zul Huzaimy dan ramai lagi.

  • Afieq Shazwan sebagai Rizal
  • Fasha Sandha sebagai Datin Safieya
  • Zarul Husin sebagai Dato Jefri
  • Ady Mohammad sebagai Ashraf
  • Erynn Abdullah sebagai Ayuni
  • Aidil Aziz sebagai Sharul

⏩ Tonton Drama Rampas Cintaku - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Rizal iaitu jejaka muda yang terpaksa menanggung adiknya Rina dan ibu saudaranya, Mak Ngah. Dia juga terdesak untuk keluar dari kemelut hutang, kemiskinan dan gangguan 'ah long'.

Disebabkan itu, Rizal didesak untuk bekerja siang dan malam semata-mata mahu membayar hutang yang dipinjam dan dari situlah dia membuat keputusan bekerja di kelab malam untuk gaji lebih tinggi dengan mengikut kawan baiknya, Ashraf.

Dari sinilah, Rizal bertemu dengan ahli perniagaan yang juga wanita kaya dan terbilang bernama Datin Safieya yang sedang kecewa atas kecurangan suaminya, Dato Jefri.

Walaupun sudah berkahwin dengan Dato Jeffri, Datin Safieya menggoda Rizal dan menjanjikannya kehidupan mewah sekiranya sanggup menjadi teman lelakinya.

Dengan jalan cerita berliku, Rampas Cintaku pasti membuatkan penonton berdebar dan tertanya-tanya apakah yang akan berlaku seterusnya.

Drama Rampas Cintaku Di iQIYI

Drama Rampas Cintaku Di iQIYI

Drama Rampas Cintaku Di iQIYI

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post