Drama Takdir Cinta Dhia Di Astro Prima

Drama Takdir Cinta Dhia Di Astro Prima

Saksikan drama terbaru Takdir Cinta Dhia yang akan menemui penonton mulai 12 September 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 6.00 petang menerusi slot Tiara di Astro Prima 105 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

Drama bersiri 40 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dengan penulisan skrip daripada Nieza Nahar.

Sinopsis Drama Takdir Cinta Dhia

Drama Takdir Cinta Dhia menampilkan barisan pelakon seperti Dato' Aaron Aziz, Datin Elvina Mohamad, Shah Jaszle, Nada Nur Syuhada, Nazrief Nazri, Khalida Balqis, Faez Nick, Hanis Husna dan ramai lagi.

  • Dato' Aaron Aziz sebagai Fayyad
  • Datin Elvina Mohamad sebagai Dhia Zahra
  • Shah Jaszle sebagai Huzair
  • Nada Nur Syuhada sebagai Natasha
  • Nazrief Nazri sebagai Fikri
  • Khalida Balqis sebagai Nadia

⏩ Tonton Drama Takdir Cinta Dhia - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Dhia yang ditunangkan dengan anak Encik Amran iaitu Huzair yang tidak sabar untuk berjumpa buat pertama kali.

Namun dalam perjalanan untuk bertemunya, mereka ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kematian bapanya dan Encik Amran.

Dhia tidak sempat untuk berjumpa dengan Huzair dan dibawa pulang ke rumah abang iparnya, Fayyad yang ingin mengambil hak penjagaan Dhia.

Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Fayyad merupakan seorang ketua kumpulan samseng yang sudah lama membenci keluarga Dhia walaupun adiknya sendiri, Tasha telah berkahwin dengan Fikri, abang sulung kepada Dhia.

Tasha juga mempunyai perasaan dengki terhadap Dhia dan sering membuat kehidupannya yang kini sudah menjadi sebatang kara lebih sukar.

Huzair pula pulang dari Eropah hanya untuk berdepan dengan berita tragik tentang bapanya. Dia mengambil keputusan untuk terus menetap di Malaysia dan mencari gadis yang ditunangkan dengannya.

Pencariannya dikesan oleh Tasha yang terus berkomplot untuk mengahwinkan adiknya, Nadia kepada Huzair. Keadaan bertambah rumit apabila Fayyad sendiri telah jatuh cinta pada Dhia.

Takdir menemukan Dhia, Fayyad dan Huzair namun hanya dua antara mereka yang bakal bahagia dan layak menemukan cinta.

Drama Takdir Cinta Dhia Di Astro Prima

Drama Takdir Cinta Dhia Di Astro Prima

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post