Filem Rasuk Di Pawagam Mulai 29 September Ini

Filem Rasuk Di Pawagam

Saksikan filem Rasuk yang akan menemui penonton dimana akan ditayangakn serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 29 September 2022 (Khamis). Jadi jangan terlepas untuk dapatkan tiket wayang anda sekarang untuk menjadi penonton terawal bagi menyaksikan filem ini.

🎫 Dapatkan tiket wayang murah - disini

Mungkin kita biasa tengok filem zombie yang bertukar disebabkan virus. Tetapi filem ini berbeza sedikit kerana ianya diinspirasikan daripada kejadian histeria dimana pelajar-pelajar asrama seperti dirasuk dan menjadi ganas serta buas.

Filem ini diterbitkan dengan kerjasama antara Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun. Diarahkan oleh James Lee dimana cerita asal daripada Laili Noordin dan nukilan skrip oleh Muhamad Adib.

Sinopsis Filem Rasuk

Filem seram Rasuk menampilkan barisan pelakon seperti Alif Satar, Ikmal Amry, Elisya Sandha, Alicia Amin, Ayie Floor 88, Taufiq Hanafi, Abbas Mahmood, Syazwan Razak, Atiq Azman dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan tentang seroang guru yang terpaksa kembali bekerja walaupun dia masih trauma dengan tragedi yang telah berlaku terhadapnya sebelum ini.

Oleh kerana sudah bermula cuti penggal, lima pelajar pergi berkelah di tepi sungai. Salah seorang daripada mereka telah terjumpa botol misteri dan membukanya.

Susulan kejadian tersebut, keadaan menjadi huru-hara apabila seorang demi seorang daripada pelajar yang masih ada di asrama telah dirasuk. Untuk hidup, mereka perlu bertahan dan ada yang perlu berkorban.

Filem Rasuk Di Pawagam

Filem Rasuk Di Pawagam

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post