Telefilem Afundi Piring Bulat Di Astro Ria

Telefilem Afundi Piring Bulat Di Astro Ria

Astro bawakan sebuah telefilem khas sempena Hari Malaysia berjudul Afundi Piring Bulat yang akan menemui penonton pada 10 September 2022, hari Sabtu pada jam 10.00 malam menerusi Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Juita Viden Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh penerbitnya iaitu pengarah yang tidak asing lagi Michael Ang dengan penghasilan skrip daripada Nazri Vovinski.

Sinopsis Telefilem Afundi Piring Bulat

Telefilem Afundi Piring Bulat menampilkan barisan pelakon seperti Syed Ali Murtadha, Emma Maembong, Talha Harith, Alvin Chong, Camans Kong, Navein Mahendrannair, Hawra, Elmy Moin, Elvina Chua dan ramai lagi.

⏩ Tonton Telefilem Afundi Piring Bulat Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Haikal yang terdesak nak tengok konsert Akademi Fantasia bagi saksikan salah seorang pelajar kegemaran program tersebut iaitu Joey tetapi dia tidak ada Astro di rumah.

Demi untuk tidak ketinggalan konsert Akademi Fantasia yang diadakan setiap minggu, Haikal, Bob dan Gopal menjalankan misi mencipta piring Astro sendiri. Tetapi dalam misi tersebut telah terjadi sesuatu kepada keluarga Pak Haji?

Apakah yang berlaku sebenarnya? Selain itu, dapatkan Haikal dan rakan-rakan mencipta piring Astro buatan sendiri tersebut?

Telefilem Afundi Piring Bulat Di Astro Ria

Telefilem Afundi Piring Bulat Di Astro Ria

Telefilem Afundi Piring Bulat Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post