Telefilem Kebaya Mek Hwa Di TV3

Telefilem Kebaya Mek Hwa Di TV3

Saksikan telefilem Kebaya Mek Hwa yang akan menemui penonton pada 18 September 2022, hari Ahad pada jam 10.30 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my

Telefilem yang diolah daripada idea Joe Sidek ini merupakan terbitan syarikat produksi Mache AllStar United Sdn. Bhd., diarahkan oleh Sabri Yunus yang juga merangkap sebagai penulis skrip.

Sinopsis Telefilem Kebaya Mek Hwa

Telefilem Kebaya Mek Hwa menampilkan barisan pelakon seperti Syazwan Zulkifli, Issey Fazlisham, Pauline Tan Wan, Hanafi Su, Sulaiman Yassin, Koh Lay Inn, Koh Peng Swee, Janet Tan, Liong Kian Poh, Yeo Xue Pei, Josephine Lim Yonbee, Kelvin Ng, Siew Chee Yong dan ramai lagi.

  • Syazwan Zulkifli sebagai Dani
  • Pauline Tan sebagai Mei
  • Wan Hanafi Su sebagai Tok Awang
  • Issey Fazlisham sebagai Piang
  • Sulaiman Yassin sebagai Pok Mat
  • Kelvin Ng sebagaih Goh
  • Koh Lay Inn sebagai Mek Hwa Tua
  • Koh Peng Swee sebagai Ah Tee Tua

⏩ Tonton Telefilem Kebaya Mek Hwa Disini - Link 1 | Link 2

Ianya sebuah cerita tentang keunikan kehidupan masyarakat peranakan Cina di Terengganu yang mengisahkan tentang Mei yang ingin memenuhi impian ayahnya iaitu Goh untuk mencari Mek Hwa seorang wanita 60-an.

Jadi Mei ke Terengganu untuk menjejaki Mek Hwa dan disitulah dia berjumpa dengan Dani. Dia juga yang beberapa kali menolong Mei mencari Mek Hwa disamping menjaga daripada diganggu oleh samseng Cina.

Rupa-rupanya samseng tersebut telah diupah oleh Ah Tee iaitu suami Mek Hwa yang telah tahu Mei adalah anak Goh iaitu kekasih lama Mek Hwa. Adakah pada akhirnya Mei berjaya menunaikan hajat dan impian ayahnya tersebut?

Telefilem Kebaya Mek Hwa Di TV3

Telefilem Kebaya Mek Hwa Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post