Telefilem Kisah Hidupku Di TV3

Telefilem Kisah Hidupku Di TV3

Saksikan telefilem Kisah Hidupku yang akan menemui penonton pada 4 September 2022, hari Ahad pada jam 10.30 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Al Hidayah Productions Sdn. Bhd., diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos atau dikenali dengan Dir Fitry dengan penulisan skrip daripada Aieesya Nur Adam.

Sinopsis Telefilem Kisah Hidupku

Telefilem Kisah Hidup menampilkan barisan pelakon seperti Khayrisyah Kemal, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar, Fizz Fairuz, Erynne Erynna, Safwan Nazri, Indah Emeerlda, Adriana DFKL, Ameerul Asyraf dan ramai lagi.

  • Khayrisyah Kemal sebagai Ain
  • Erynne Erynna sebagai Farah
  • Safwan Nazri sebagai Rudy

⏩ Tonton Telefilem Kisah Hidupku Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Ain yang mula memberontak selepas ibu bapanya bercerai. Keadaan menjadi lebih teruk selepas ibunya berkahwin lagi.

Dalam masa yang sama pula, kini Ain mula rapat dengan Farah yang sangat popular dalam kalangan rakan sekolahnya. Farah berasal dari keluarga yang kaya.

Oleh kerana ibu Ain tidak mampu memberi apa yang Ain inginkan, Ain mula bekerja secara sambilan. Dengan wang gaji yang diperoleh, Ain dapat membeli pakaian yang cantik.

Rudy yang nampak perubahan pada Ain mula mencari jalan untuk mengambil kesempatan terhadap gadis tersebut. 

Telefilem Kisah Hidupku Di TV3

Telefilem Kisah Hidupku Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post