Drama Ijab Kabut Di Viu

Drama Ijab Kabut Di Viu

Saksikan drama siri romantik komedi Ijab Kabut yang akan menemui penonton mulai 13 Oktober 2022, setiap hari Khamis, pada pukul 9.00 malam dengan tayangan 2 episod setiap minggu menerusi platform penstriman Viu.

Drama 10 episod ini merupakan satu lagi keluaran Viu Originals yang diterbitkan oleh Jazzy Pictures dengan arahan daripada Faliq Sharif dengan nukilan skrip bersama daripada Nadia Khan, Azhar Amirulhisyam, Syarul Akmal Qawiem Hamizan dan Baizura Kahar

Sinopsis Drama Ijab Kabut

Drama Ijab Kabut menampilkan barisan pelakon seperti Azira Shafinaz, Iedil Putra, Fadlan Hazim, Ezzaty Abdullah, Sarancak, Hana Nadira, Dilla Ahmad, Fathi Sharife, Farisah Ku Sani, Taufiq Hanafi, Sobri Anuar dan ramai lagi.

  • Azira Shafinaz sebagai Deanna Masrin
  • Iedil Putra sebagai Mat Baharudin
  • Fadlan Hazim sebagai Khai Ja'far
  • Ezzaty Abdullah sebagai Athira
  • Sarancak sebagai Rozita
  • Hana Nadira sebagai Noni
  • Kodi Rasheed sebagai Saiful

Tonton Drama Suri Hati - Link 1 | Link 2 | Link 3

Ianya mengisahkan tentang perkahwinan dongeng Deanna yang didambakan serta-merta bertukar menjadi debu apabila tunangnya putuskan hubungan ditengah jalan di saat-saat akhir sebelum majlis pernikahan.

Walaupun begitu, Deanna tidak terus bersedih malah tetap terus bertahan untuk mencari cinta dan pengantin lelaki demi merialisasikan majlis perkahwinan yang diidamkan.

Kemudian muncul dua lelaki dalam hidupnya dan mereka juga bersedia untuk menggantikan cinta hati Deanna yang hilang sebelumnya. Maka terjadilah cinta tiga segi yang maan tidak pernah berlaku kepadanya sebelum ini.

Jadi dia bertanya-tanya dengan keadaan tersebut, adakah dia layak untuk mendapatkan sebuah perkahwinan yang sempurna seperti yang diidam-idamkan sebelum ini?

Drama Ijab Kabut Di Viu

Drama Ijab Kabut Di Viu

Drama Ijab Kabut Di Viu

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post