Jadual & Laluan Perlumbaan Le Tour de Langkawi 2022 (LTdL2022)

Jadual & Laluan Perlumbaan Le Tour de Langkawi 2022 (LTdL2022)

Acara sukan lumba basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 kini kembali menemui peminat tempatan apabila perlumbaan tersebut akan berlangsung bermula 11 hingga 18 Oktober 2022.

Petronas Le Tour de Langkawi 2022 adalah sebuah kejohanan perlumbaan basikal melibatkan beberapa peringkat yang di adakan di beberapa negeri di Malaysia. Ianya dinamakan sempena Pulau Langkawi dimana ianya menjadi peringkat akhir kelak.

Peminat Perlumbaan Basikal Jangan Lupa Dapatkan Ini

Pastinya empat jersi yang menjadi rebutan pelumba bagi setiap peringkat iaitu juara keseluruhan (jersi kuning), raja pecut (jersi hijau), raja bukit (jersi merah) dan pelumba Asia terbaik (jersi putih). Selain bagi pasukan yang cemerlang bakal membawa gelaran pasukan terbaik dan pasukan Asia terbaik.

Senarai Pasukan Yang Menyertai Le Tour de Langkawi 2022

Perlumbaan kali ini bakal menampilkan 6 pasukan Jelajah Dunia, 4 pasukan Pro Benua dan 12 pasukan Pro Benua Tempatan yang menjadikan keseluruhannya 22 pasukan yang bertanding bagi edisi ke-26 kali ini.

Enam pasukan Jelajah Dunia tersebut adalah UAE Team Emirates (UAE), Cofidis (Perancis), Lotto Soudal (Belgium), EF Education EasyPost (Amerika Syarikat), Movistar (Sepanyol) dan Astana-Qazaqstan (Kazakhstan).

Manakala empat pasukan Pro Benua pula iaitu Drone Harper-Androni Giocattoli (Itali), Uno X-Pro Cycling (Norway), Alpecin-Deceuninck (Belgium) dan Burgos-BH (Sepanyol).

Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) dan Team Sapura Cycling (TSC) mengetuai bagi pasukan Pro Benua Tempatan bersama Mula Cycling Team (Indonesia), Roojau Cycling Team (Indonesia), ARA Pro Racing Sunshine Coast (Australia), China Glory Continental Cycling Team (China), ProTouch (Afrika Selatan) dan Kuwait Pro Cycling (Kuwait), Thailand Continental Team (Thailand), Team UKYO (Jepun), 7-Eleven Cliqq Air (Filipina) dan pasukan berbasikal kebangsaan (Malaysia)

Jadual & Laluan Perlumbaan Le Tour de Langkawi 2022

Antara negeri-negeri dan laluan trek perlumbaan yang terlibat sepanjang 8 lagi hari adalah di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Berikut merupakan jadual dan laluan yang terlibat

  • Peringkat 1 : Kuala Pilah - Kuala Lumpur (11 Oktober 2022)
  • Peringkat 2 : Kuala Klawang - Rabu (12 Oktober 2022)
  • Peringkat 3 : Putrajaya - Genting Highlands (13 Oktober 2022)
  • Peringkat 4 : Sabak Bernam - Meru Maya (14 Oktober 2022)
  • Peringkat 5 : Kuala Kangsar - Kulim (15 Oktober 2022)
  • Peringkat 6 : Georgetown - Alor Setar (16 Oktober 2022)
  • Peringkat 7 : Kuah - Gunung Raya, Langkawi (17 Oktober 2022)
  • Peringkat 8 : Kuah, Langkawi Loop (18 Oktober 2022)

Jadual & Laluan Perlumbaan Le Tour de Langkawi 2022 (LTdL2022)

Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran Astro di Eurosport HD 802 atau secara online di Astro Go.

Selain itu juga, anda boleh juga strim secara percuma di facebook @ltdlangkawi (Le Tour de Langkawi) atau di youtube HumanVoyageChannel.

Dalam tempoh ini ada beberapa jalan yang terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi memberikan peluang untuk perlumbaan berlangsung. Dalam tempoh itu juga, orang ramai boleh datang dan menyaksikan secara dekat aksi perlumbaan basikal tersebut.

Jadi untuk ketahui lebih lanjut jarak trek perlumbaan, lokasi dan masa pelepasan serta lokasi dimana penamat dan jangka masa yang diambil, anda boleh rujuk jadual seperti dibawah

Peringkat 1 : (Seri Menanti, Negeri Sembilan - KLCC, Kuala Lumpur)

  • Tarikh : 11 Oktober 2022 (Selasa)
  • Jarak : 157.3 km
  • Lokasi Pelepasan : Sekolah Kebangsaan Tunku Nasir, Seri Menanti, Negeri Sembilan
  • Masa Pelepasan : 12.30 tengah hari
  • Lokasi Penamat : KLCC, Kuala Lumpur
  • Jangkaan Masa Sampai : 4.17 petang

Peringkat 2 : Kuala Klawang, Negeri Sembilan - Dataran Raub, Pahang

  • Tarikh : 12 Oktober 2022 (Rabu)
  • Jarak : 178.9 km
  • Lokasi Pelepasan : Menara Jam, Kuala Klawang, Negeri Sembilan
  • Masa Pelepasan : 12.15 tengah hari
  • Lokasi Penamat : Dataran Raub, Pahang
  • Jangkaan Masa Sampai : 4.32 petang

Peringkat 3 : Putrajaya - Genting Highland, Pahang

  • Tarikh : 13 Oktober 2022 (Khamis)
  • Jarak : 123.7 km
  • Lokasi Pelepasan : Dataran Putra, Putrajaya
  • Masa Pelepasan : 12.40 tengah hari
  • Lokasi Penamat : Genting Highland, Pahang
  • Jangkaan Masa Sampai : 3.54 petang

Peringkat 4 : Sabak Bernam, Selangor - Meru Jaya, Ipoh Perak 

  • Tarikh : 14 Oktober 2022 (Jumaat)
  • Jawak : 137.9 km
  • Lokasi Pelepasan : Sabak Bernam, Selangor
  • Masa Pelepasan : 2.45 petang
  • Lokasi Penamat : Meru Jaya, Ipoh, Perak
  • Jangkaan Masa Sampai : 6.04 petang

Peringkat 5 : Kuala Kangsar, Perak - Dataran Kulim, Kedah

  • Tarikh : 15 Oktober 2022 (Sabtu)
  • Jarak : 172 km
  • Lokasi Pelepasan : Dataran Kuala Kangsar, Perak
  • Masa Pelepasan : 12.30 tengah hari
  • Lokasi Penamat : Dataran Kulim, Kedah
  • Jangkaan Masa Sampai : 4.36 petang

Peringkat 6 : Padang Kota, Georgetown, Pulau Pinang - Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah

  • Tarikh : 16 Oktober 2022 (Ahad)
  • Jarak : 120.4 km
  • Lokasi Pelepasan : Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang
  • Masa Pelepasan : 9.00 pagi
  • Lokasi Penamat : Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah
  • Jangkaan Masa Sampai : 11.56 pagi

Peringkat 7 : Pekan Kuah, Langkawi - Gunung Raya, Langkawi

  • Tarikh : 17 Oktober 2022 (Isnin)
  • Jarak : 90.8 km
  • Lokasi Pelepasan : Pekan Kuah, Langkawi, Kedah
  • Masa Pelepasan : 2.15 petang
  • Lokasi Penamat : Gunung Raya, Langkawi, Kedah
  • Jangkaan Masa Sampai : 4.28 petang

Peringkat 8 : Pekan Kuah, Langkawi (Loop)

  • Tarikh : 18 Oktober 2022 (Selasa)
  • Jarak : 115.9 km
  • Lokasi Pelepasan : Pekan Kuah, Langkawi, Kedah
  • Masa Pelepasan : 1.30 petang
  • Lokasi Penamat : Pekan Kuah, Langkawi, Kedah
  • Jangkaan Masa Sampai : 4.18 petang

Untuk ketahui lebih lanjut dan terperinci tentang kawasan-kawasan yang akan dilalui dan juga pemenang bagi setiap peringkat, anda boleh rujuk di :

Facebook : www.facebook.com/ltdlangkawi

Laman Web : www.ltdlangkawi.my

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post