Senarai Pemenang BWF French Open 2022

Senarai Pemenang BWF French Open 2022

Kejohanan BWF French Open 2022 telah pun melabuhkan tirainya selepas 6 hari para pemain badminton beraksi dalam sukan tersebut bermula 25 hingga 30 Oktober 2022 bertempat Stade Pierre de Coubertin, Paris France.

BACA : Jadual & Keputusan Perlawanan Badminton BWF French Open 2022

French Open 2022 merupakan antara kejohanan dalam kalendar BWF World Tour untuk tahun 2022 yang merupakan kategori World Tour Super 750 dimana menawarkan mata ranking dan hadiah keseluruhan sebanyak USD675,000 atau sekitar RM3.2 Juta.

Jumlah Agihan Mata Rangking Dan Hadiah Wang Tunai

Berikut merupakan mata agihan bagi setiap peringkat kejohanan berdasarkan sistem mata BWF untuk acara Super 750 beserta agihan hadiah wang tunai dalam kejohanan ini.

Agihan Mata Ranking

  • Pemenang - 11,000
  • Naib Juara - 9,350
  • Separuh Akhir - 7,700
  • Suku Akhir - 6,050
  • Pusingan 16 - 4,320
  • Pusingan 32 - 2,660

Agihan Hadiah Wang Tunai

[Perseorangan]

  • Pemenang - $42,00
  • Naib Juara - $20,400
  • Separuh Akhir - $8,400
  • Suku Akhir - $3,300
  • Pusingan 16 - $1,800
  • Pusingan 32 - $600

[Beregu]

  • Pemenang - $44,400
  • Naib Juara - $21,000
  • Separuh Akhir - $8,400
  • Suku Akhir - $3,750
  • Pusingan 16 - $1,950
  • Pusingan 32 - $600

Senarai Pemenang Kejohanan BWF French Open 2022

Kejohanan ini telah menampilkan lebih 10 wakil Malaysia bagi setiap kategori iaitu 2 wakil untuk Perseorangan Lelaki, 5 wakil untuk Beregu Lelaki, 3 wakil untuk Beregu Wanita dan 4 wakil untuk Beregu Campuran.

Kali ini kita mempunyai seorang wakil yang berjaya mara ke peringkat Akhir iaitu Tan Pearly/Thinaah Muralitharan dalam kategori Beregu Wanita sekali gus peroleh gelaran juara. Berikut merupakan senarai pemenang French Open 2022 (Podium) untuk kesemua kategori.

[Perseorangan Lelaki]

  • Juara - Viktro Axelsen [1] (DEN)
  • Naib Juara - Rasmus Gemke

[Perseorangan Wanita]

  • Juara - He Bing Jiao [8] (CHN)
  • Naib Juara -  Carolina Marin [4] (ESP

[Beregu Lelaki]

  • Juara - Satwisairaj Rankireddy [7]/Chirag Shetty (IND)
  • Naib Juara - Lu Ching Yao/Yang Po Han (TPE)

[Beregu Wanita]

  • Juara - Tan Pearly/Thinaah Muralitharan (MAS)
  • Naib Juara - Mayu Matsutomo [4]/Wakana Nagahara (JPN)

[Beregu Campuran]

  • Juara - Zheng Si Wei [3]/Huang Ya Qiong (CHN)
  • Naib Juara - Robin Tabeling/Selena Piek (NED)

Untuk dapatkan info lanjut bagi kejohanan BWF French Open 2022 atau mana-mana kejohanan BWF World Tour anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di www.bwfbadminton.com

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post