Senarai Pemenang Terpaling Juara 2022

Senarai Pemenang Terpaling Juara 2022

Syabas Rahmad Mega! Pasti ramai tertanya-tanya siapa yang menang malam ni kan? Ini kerana musim pertama Terpaling Juara masing-masing menunjukkan bakat nyanyian terbaik baik peserta senior mahupun junior.

Inilah kejutan yang ditunjukkan dalam program yang tiada siapa jangkakan daripada 6 peserta, hanya 4 yang berjaya mara ke peringkat akhir Terpaling Juara iaitu Rahmad Mega (Hael Husaini), Aqmal (Naim Daniel), Hazami (Akim Ahmad) dan Shazreen (Hael Husaini).

Rahmad Mega yang menyanyikan lagu Ku Akui nyanyian asal Hafiz Suip dan lagu Di Penjara Janji duet bersama mentor Hael Husaini telah menewaskan tiga peserta lain yang terdiri daripada Aqmal, Hazmi dan Shaz

Senarai Penuh Pemenang Terpaling Juara 2022

Juara : Rahmad Mega

Naib Juara : Aqmal

Tempat Ketiga : Hazami

Tempat Keempat : Shaz

Rahmad Mega juara Terpaling Juara berjaya merangkul wang tunai RM100,000 dan piala Terpaling Juara dan sekali gus merangkul Anugerah Persembahan Terbaik Mingguan membawa pulang RM5,000.

Naib juara, Aqmal berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000. Dia membawakan lagu Sampai Syurga nyanyian asal Faizal Tahir lagi lagu solo dan lagu Di Amaran Mama bagi segmen duet bersama mentor Naim Daniel.

Tempat ketiga dirangkul oleh Hazami yang membawakan lagu Luluh nyanyian asal Khai Bahar untuk lagu solo dan lagu Joget Angan Tak Sudah di segmen duet bersama mentor Akim Ahmad. Beliau berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 ditempat ketiga beserta piala Terpaling Juara.

Tempat keempat diraih oleh Shaz dimana beliau membawakan lagu Gelisah Mimpi nyanyian asal Liza Hanim bagi lagu solo dan lagu Hati di segmen duet bersama mentor Hael Husaini. Bawa pulang RM10,000 beserta trofi

Dalam pentas final, peserta perlu menyelesaikan dua tugasan iaitu nyanyian solo dan duet bersama kapten masing-masing.

Kesemua persembahan dinilai oleh juri tetap iaitu Dato’ Hattan dan Fauziah Latiff bersama juri jemputan Dato' Sri Siti Nurhaliza yang mana mereka mewakili 70% daripada markah keseluruhan. Manakala lagi 30% adalah undian online yang dibuat menerusi www.xtra.com.my/terpalingjuara/

Terpaling Juara dihoskan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir telah bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam selama 8 minggu pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam yang disiarkan di saluran TV3 dan juga boleh tonton secara online di www.tonton.com.my

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post