Maulidur Rasul diraikan setiap tahun oleh umat Islam khususnya di Malaysia. Untuk tahun 2022, ianya jatuh pada 9 Oktober 2022 bersamaa dengan 12 Rabiuawal 1444H sekali gus menjadi cuti umum di semuar negeri.
Ianya adalah tarikh penting buat umat Islam kerana ianya adalah tarikh hari kelahiran atau keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW iaitu nabi terakhir yang diutus oleh Allah dalam Islam.
Kebiasaanya di Malaysia, pada tarikh tersebut akan diadakan perarakan dengan diiringi selawat dan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW bagi usaha untuk mendidik dan mengingat baginda.
Bukan itu sahaja, banyak lagi program yang bermanfaat diadakan seperti majlis ilmu, forum perdana dan kesemua pengisian berkisahkan tentang sirah Nabi kita yang mulia.
Tarikh tersebut jatuh pada hari Ahad, oleh itu cuti umum dibawa pada hari Isnin (10 Oktober 2022). Boleh la anda luangkan lebih masa bersama keluarga dan rakan dengan aktiviti yang berfaedah.
Tetapi jika mereka jauh dan anda tidak berkesempatan untuk bertemu, anda boleh sampaikan sahaja ucapan sempena Maulidur Rasul menerusi whatsapp atau ucapakan di laman media sosial anda. Lebih unik, boleh sampaikan dalam bentuk pantun.
Senarai Ucapan & Pantun Sempena Maulidur Rasul
Ucapan Sempena Maulidur Rasul
Ucapan 1
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1444H/2022
Ucapan salam Maulidur Rasul buat semua umat islam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi kita, Muhammad SAW
"Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran"
Ucapan 2
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1444H/2022
Ucapan Salam Maulidur Rasul buat semua yang beragama Islam di Malaysia
Ucapan 3
Salam Maulidur Rasul 1444H/2022 diucapkan buat semua umat Islam.
Bersempena dengan bulan Maulid penuh barakah ini, jangan lupa untuk memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan mulai Nabi Muhammad SAW. Semoga kita memperoleh syafaat agung Badinga di akhirat kelak
Ucapan 4
"Sesungguhnya pada diri Rasullah SAW adalah sebaik-baik teladan dan ikutan bagi insan yang mengharapkan keredhaan Allah SWT dan kebahagian di akhirat" - Surah al-Ahzab, ayat 21
SALAM MAULIDUR RASUL 1444 HIJRAH
Ucapan 5
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiuawal 1444H
Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW
Ucapan 6
Selamat menyambut sambutan Maulidur Rasul 2022 bersamaan dengan tahun 1444 Hijrah
"Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran"
Ucapan 7
Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1444H
"Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat" - Riwayat Muslim (384)
Pantun Sempena Maulidur Rasul
Pantun 1
Ikan belut dari sawah,
Digulai bersama ikan nila,
Jika hidup ingin mulia,
Ikuti sunnahnya Rasulullah
Pantun 2
Ikan Bawal masak kari,
Makan malam bersama keluarga,
Berselawat kita setiap hari,
Dapat syafaat mudahlah ke syurga
Pantun 3
Bulan Islam ada dua belas,
Bulan Rabiulawal bulan ketiga,
Dalam berjuang mestilah ikhlas,
Terbuka luas pintu syurga
Pantun 4
Cantik kuntuman bunga dahlia,
Pohon melatih di tepi perigi,
Rasullulah junjungan yang mulia,
Halus pekerti indah peribadi
Pantun 5
Tema Maulidur Rasul telah diumumkan,
Penuh hemah buah bicara,
Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran,
Negara Aman Ummah Sejahtera.
Pantun 6
Gema takbir di subuh hari,
Solat awal jadi amalan,
Rasul terakhir tiada ganti,
Sunnah kekal jadi ikutan.
Pantun 7
Warna-warni bunga desa,
Bunga kertas buat jambangan,
Segala puji Allah yang Esa,
Selawat keatas Rasul junjungan
Pantun 8
Halus berduri pokok semalu,
Hijauan daunan disentuh kucup,
Pesan Nabi ingat selalu,
Buat amalan damailah hidup.
Pantun 9
Nabi memimpin umat menyusul,
Sejarah tercatit mengguna dakwat,
Selamat menyambut Maulidur Rasul,
Bersama kita perbanyakan selawat.
Pantun 10
Nabi Muhammad junjungan rahmat,
Membawa rahmat, membawa berkat,
Marilah kita banyakkan selawat,
Untuk syafaat di hari akhirat.
Post a Comment