Telefilem Nyang Di Astro Citra

Telefilem Nyang Di Astro Citra

Saksikan telefilem Nyang yang akan menemui penonton pada 29 Oktober 2022, hari Sabtu pada jam 10.00 malam menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra 108 atau boleh strim secara online di Astro Go.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi KL Motion Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Reen Emran dengan nukilan skrip daripada Wan Hasliza Wan Zainuddin, Reen Emran dan Keen.

Sinopsis Telefilem Nyang

Telefilem Nyang mengfokuskan hanya 3 pelakon atau teraju utama iaitu Emma Membong, Ahnaf Bakar dan Putri Iesya.

  • Ahnaf Bakar sebagai Zaidi
  • Emma Maembong sebagai Sara
  • Putri Iesya sebagai Murni

⏩ Tonton Telefilem Nyang - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang entiti paranormal yang mengambil alih tanggungjawab menjaga seorang bayi dari ibu bapanya yang tidak bertanggungjawab.

Sara terpaksa merebut kembali Murni dari suatu lembaga ghaib yang menjaga Murni sejak dari kecil. Nyang, tekad untuk mengambil alih Murni dari Sara setelah melihat Murni diabaikan oleh ibu bapanya sendiri.

Telefilem Nyang Di Astro Citra

Telefilem Nyang Di Astro Citra

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post