Cara Padam Akaun Shopee Selamanya

Cara Padam Akaun Shopee Selamanya

Mungkin ada tidak lagi berminat untuk shopping di Shopee dan buat keputusan untuk delete atau padam selamanya akaun anda tersebut. Jadi anda boleh ikuti langkah dan cara yang kami kongsikan disini.

Sama ada anda kecewa dengan tawaran daripada Shopee atau tidak lagi berminat untuk online shopping atau apa-apa sahaja alasan yang mana anda membuat keputusan untuk delete aplikasi sekali gus delete juga akaun Shopee.

Jangan risau, kemahuan anda tersebut boleh dilaksanakan dan seperti mana anda daftar akaun Shopee, nak padam akaun Shopee pun tak perlu bayar, percuma sahaja. Tapi kesemua informasi anda berkaitan dengan Shopee sekali gus akan terhapus la.

Cara Padam & Delete Akaun Shopee Selamanya

Sebelum anda buat keputusan untuk padam akaun Shopee anda perlu ingat beberapa beberapa iaitu :

  • Anda akan padam akaun Shopee selamanya dan tidak boleh berpatah balik. Dah delete nanti, tak boleh dah dapatkan akaun atau login semula. Kena buat akaun baru
  • Selain itu, sebelum anda delete akaun, pastikan kesemua hutang atau barang yang anda pesan sudah dibayar atau telah menerima barang tersebut. Jika tidak, permohonan anda akan ditolak

Jadi jika sudah buat keputusan, anda boleh ikuti langkah mudah dibawah untuk padam akaun Shopee selama-lamanya:

  1. Buka aplikasi Shopee dengan klik disini
  2. Kemudian pergi pada tab Me dan klik setting (ikon gear diatas)
  3. Skrol ke bawah dan klik Request Account Deletion > OK > Proceed
  4. Masukkan verification code yang dihantar menerusi SMS dan klik Next
  5. Pada bahagian Reason, tuliskan sebab kenapa anda ingin padam akaun Shopee
  6. Kemudian masukkan alamat emel > tandakan Terms & Conditions
  7. Akhir sekali klik Submit. Selesai

Jika permohonan berjaya, akaun anda akan dipadamkan dan diberitahu menerusi alamat emel yang anda berikan.

Anda boleh rujuk arahan bergambar dibawah:

1.  Buka aplikasi Shopee > klik pada tab Me > klik ikon gear pada bahagian atas > klik Request Acount Deletion

Cara Padam Akaun Shopee Selamanya

2.  Klik OK > Proceed > masukkan verification code yang diterima melalui sms atau whatsapp

Cara Padam Akaun Shopee Selamanya

3.  Masukkan Reason atau sebab kenapa anda ingin padam akaun Shopee > masukkan alamat emel > tik pada Terms & Conditions > Submit

Cara Padam Akaun Shopee Selamanya

*Tapi kalau tiada keperluan, biarkan je akaun Shopee tu. Takpayah delete pun. Just buang sahaja details yang berkaitan.

Nak tahu lebih lanjut tentang pemadaman akaun Shopee, boleh rujuk di Shopee Help Center

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post