Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami Di Astro Ria

Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami Di Astro Ria

Saksikan drama Dia Yang Ku Jadikan Suami yang akan menemui penonton mulai 23 November 2022, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria 104 dan Astro Go.

Drama 13 episod yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama 'Dia Yang Ku Jadikan Suami' karya Rinsya Chasiani ini merupakan terbitan syarikat produksi Elite Forsure Sdn. Bhd., diarahkan oleh Harris Fadzillah dengan nukilan skrip daripada Wan Mahani Wan Hassan.

Sinopsis Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami

Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami menampilkan barisan pelakon seperti Malek Mccrone, Anna Joblings, Syazlin Zainal, Abby Nadzi, Anne Abdullah, Raja Azmi, Zulkifli Ismail, Sefik, Reza Hasbi, Farah Wahida, Fiza Thomas dan ramai lagi.

  • Malek Mccrone sebagai Naim Khair
  • Anna Joblings sebagai Naazneen Fatah
  • Syazlin Zainal sebagai Hana
  • Abby Nadzri sebagai Hidayah
  • Anne Abdullah sebagai Hasanah
  • Raja Azmi sebagai Anisah
  • Zulkifli Ismail sebagai Adnan
  • Syefik sebagai Adriz
  • Fiza Thomas sebagai SU ANN

Tonton episod Dia Yang Ku Jadikan Suami online - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Naazneen yang mempunyai dua personaliti berbeza akibat kisah silam pahit yang menjadikannya sedemikian.

Pertemuan dengan Naim dan akhirnya Naazneen ditolak membuatkan dirinya tercabar sehinggakan dia bertekad untuk menghancurkan hubungan Naim dengan Hidayah. Namun rancangan jahatnya memakan diri sendiri.

Naazneen yang insaf mula berubah menjadi isteri solehah kepada Naim apabila akhirnya mereka disatukan. Namun segala rahsia jahat sebelum ini terhadap suaminya terbongkar.

Disebabkan itulah, tiada siapa sudi mendengar penjelasan dan penyesalan hati Naazneen. Akhirnya adakah Naim dapat menerima Naazneen kembali selepas mengetahu tentang hal sebenar?

Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami Di Astro Ria

Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post