Drama Rindu Kasih Di TV3

Drama Rindu Kasih Di TV3

Saksikan drama Rindu Kasih yang akan menemui penonton mulai 16 November 2022, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda TV3 atau boleh strim secara online di Disney+ Hotstar.

Drama 15 episod yang bakal bersiaran bagi menggantikan Suri Hati ini merupakan terbitan syarikat produksi P&D Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Pali Yahya dengan penulisan skrip bersama daripada K. Adlie dan Shaza Talib.

Sinopsis Drama Rindu Kasih

Drama Rindu Kasih menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Ummi Nazeera, Nafiz Muaz, Amyza Aznan, Arash Mohd, Shazia Rozaini, Fazlina Ahmad Daud, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Ayu Azlina, Elly Suhaili, Ikhwan Khairudin, Nik Ramly dan ramai lagi.

  • Izzue Islam sebagai Amir
  • Ummi Nazeera sebagai Salina
  • Nafiz Muaz sebagai Hisham
  • Amyza Aznan sebagai Shida
  • Arash Mohd sebagai Khalid
  • Shazia Rozaini sebagai Huda
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
  • Ezzaty Abdullah sebagai Murni
  • Nik Ramly sebagai Zamani

Tonton Drama Rindu Kasih Episod Seterusnya - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan kehidupan Khalid yang menjadi tidak keruan selepas ditinggalkan Shida dan kini kerana terpaksa bekerja demi menyara dan membesarkan Salina yang berusia hanya beberapa bulan.

Khalid membesarkan Salina seorang diri dan terpaksa merahsiakan kisah tentang ibunya yang telah dipenjara kerana terlibat dengan pengedaran dadah bersama kekasih gelapnya dahulu.

Dari kecil, Salina berkawan rapat dengan Amir iaitu anak kepada Zamani yang juga merupakan kawan baik kepada ayah Salina. Walaupun Amir berkelulusan tinggi, dia memilih untuk menetap di kampung untuk menjaga ibunya, Halijah dan mengabulkan permintaan terakhir ayahnya iaitu mengahwini Salina.

Perkahwinan Amir dan Salina tidak direstui oleh Halijah. Salina sering dilayan teruk oleh Halijah yang selalu menuduhnya kurang ajar kerana tak dapat didikan dari seorang ibu.

Setelah Salina mengetahui tentang kisah ibunya, dia nekad untuk melakukan jenayah kerana mahu dipenjara dan membuktikan kepada Halijah yang dia masih sempat untuk merasa kasih sayang seorang ibu walaupun sebagai banduan.

Apakah suratan yang akan tertulis buat Salina?

Drama Rindu Kasih Di TV3

Drama Rindu Kasih Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post