Drama Sorry Naik Lori Di iQIYI

Drama Sorry Naik Lori Di iQIYI

Saksikan drama siri original Sorry Naik Lori yang akan menemui penonton mulai 4 November 2022, bersiaran setiap hari Jumaat dan Sabtu pada jam 8.00 malam menerusi platform penstriman iQIYI di www.iq.com dan aplikasi mobil.

Drama 12 episod bukan adaptasi ini merupakan terbitan syarikat produksi Tsar Asia Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos dengan nukilan skrip daripada Afmy dan Mariana Hashim.

Sinopsis Drama Sorry Naik Lori

Drama Sorry Naik Lori menampilkan barisan pelakon seperti Ruhainies, Nazim Othman, Tajul Arif Noor, Sheila Mambo, Nafiz Muaz, Asha Zainul, Ahmad Saffuan, Fattah Ali dan ramai lagi.

  • Ruhainies sebagai Nadia
  • Nazim Othman sebagai Khairul
  • Sheila Mambo sebagai Mami Saleha
  • Tajul sebagai Talib
  • Nafiz Muaz sebagai John
  • Ahmad Saffuan sebagai Narrator

⏩ Tonton Drama Sorry Naik Lori - Link 1 | Link 2 | Link 3

Ianya mengisahkan tentang Khairul iaitu seorang pemandu lori muda, tinggal di Pulau Pinang bersama isterinya Nadia. Khairul tidak gemar akan media sosial, namun isterinya pula bercita-cita untuk menjadi seorang influencer.

Dalam pada itu juga, keazaman Khairul untuk mendapatkan gaji lebih mendapat tentangan daripada pembuli di tempat kerja. Ini mengugat hasrat Khairul untuk mendapat wang lebih untuk isteri tercinta.

Sementara itu, Nadia bosan dengan membantu ibunya mengusahakan restoran Pasembur mereka dan bercita-cinta untuk mengejar impiannya tersebut. Setelah videonya di restoran menjadi viral di NikNok, ia mendorong Nadia untuk menjadi terkenal.

Tidak lama kemudian, Nadia menerima tawaran dari Big Star Agency untuk menjadi influencer bawah naungan mereka. Merasa kalah, Khairul dibantu oleh ilusinya yang menjengkelkan tetapi bijak dalam memberi nasihat.

Tetapi adakah ini cukup untuk Khairul mempertahankan perkahwinannya? Adakah cinta akan menang?"

Drama Sorry Naik Lori Di iQIYI

Drama Sorry Naik Lori Di iQIYI

Drama Sorry Naik Lori Di iQIYI

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post