Jersi Baru Harimau Malaysia 2022-2024 Diperkenalkan Dengan Harga RM299

Jersi Baru Harimau Malaysia 2022-24 Diperkenalkan

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia akan menggunakan jersi terbaru bagi musim 2022-2024 yang mana ianya telah dilancarkan secara rasmi oleh pihak Nike Malaysia bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dengan bertemakan "Demi Lencana Di Dada", pemain bagi skuad Harimau Malaya akan mengenakan jersi utama atau "home" berwarna kuning sebagai warna utama dimana hanya kolar sahaja berwarna hitam.

Manakala untuk jersi kedua atau "away" masih kekal menggunakan warna hitam sebagai warna utama disamping dengan belang Harimau Malaya berwarna kelabu.

Dalam masa yang sama juga, pihak FAM teleh kongsikan video pengenalan jersi baaru Harimau Malaya yang diletakkan di media sosial rasmi iaitu di facebook, twitter, instagram dan youtube.

Jersi baru edisi 2022-2024 ini akan mula dipakai dan digunakan bagi skuad Harimau Malaya pada dua perlawanan Antarabangsa Tier 1 dijadualkan berlangsung pada 9 dan 14 Disember 20222 menentang Kemboja dan Maldives.

Kemudian, skuad kendalian Kim Pan Gon akan beraksi pula di Piala Mistubishi Electric AFF 2022 dari 20 Disember 2022 hingga 16 Disember 2023. Pada itu, penonton boleh la saksikan pemain-pemain negara di atas padang beraksi dengan mengenakan jersi terbaru ini.

Seperti yang diumumkan, jersi baru Harimau Malaya boleh didapati mulai hari ini, 17 Dismber 2022 di Football Republic Sunway Pyramid atau secara online di www.nike.com.my.

Boleh juga dapatkan jersi Harimau Malaysia - Disini

Kemudian kelak, anda boleh juga dapatkan di cawangan Al-Ikhsan dan Football Republic seluruh negara atau secara online di www.al-ikhsan.com bermula pada Khamis, 24 November 2022. Boleh beli di shopee disini.

Untuk harga pula, kedua-dua jersi "Home" dan "Away" masing-masing dijual dengan harga RM299.00 sehelai.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post