Info & Sinopsis Drama Nikah Cerai Rujuk Di Astro Ria

Drama Nikah Cerai Rujuk Di Astro Ria

Saksikan drama terbaru Nikah Cerai Rujuk yang akan menemui penonton mulai 26 Disember 2022, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

Drama 24 episod yang memaparkan tentang 3 kisah pasangan suami isteri berhadapan dengan konflik rumah tangga ini merupakan terbitan JS Pictures Sdn. Bhd., diarahkan bersama oleh Azman Yahya (Jinggo) dan Uzair Haqimy dengan nukilan skrip daripada Ayuni Zamani.

Sinopis Drama Nikah Cerai Rujuk

Drama Nikah Cerai Rujuk menampilkan barisan pelakon seperti Dynas Mokhtar, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Shaza Bae, Halim Radzi, Noorkhiriah Ahmad Shapie, Zarul Umbrella, Mimi Ernida, Nasz Sally, Zarina Zainudin, Salina Saibi dan ramai lagi.

  • Dynas Mokhtar sebagai Dr. Alia
  • Dato' Sri Eizlan sebagai Hisyam
  • Halim Radzi sebagai Adam
  • Shaza Bae sebagai Hanna Zulaikha
  • Noorkhiriah sebagai Sumaiyyah
  • Zarul Umbrella sebagai Azlan
  • Nasz Sally sebagai Rozie
  • Salina Saibi sebagai Nadia

Ianya mengisahkan tentang kisah rumah tangga tiga pasangan iaitu Dr. Alia dan Hisyam, Hanna dan Adam serta Sumaiyyah dan Azlan. Ketiga-tiga pasangan ini akan berdepan dengan kisah yang berbeza.

Dr. Alia Maisarah dan suaminya, Hisyam adalah "power couple" yang sering dijadikan contoh kepada pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga. Selepas 20 tahun berkahwin, Alia dapat tahu yang Hisyam sudah 3 tahun berkahwin dengan Fatin, salah seorang pekerja di syarikat milik Hisyam. Setelah mendapat tahu tentang hal tersebut, Alia pada mulanya cuba untuk berlagak kuat tapi sebenarnya dia tidak.

Alia mula menyalahkan dirinya sendiri dan dia juga malu dengan klien dan followersnya. Dia yang selama memberikan tips rumah tangga kini berhadapan dengan poligami yang dia tak sendiri tak tahu. Alia cuba untuk menerima keadaan tersebut tapi dia tetap tidak boleh menerima.

Pada masa yang sama, Hanna Zulaikha dan Adam Hafiz (The It Couple) adalah pasangan pelakon popular yang berkahwin selepas 5 tahun bercinta. Mereka adalah pasangan yang sangat bahagia di mata masyarakat tapi sebenarnya tidak.

Keluarga Adam tidak menyukai Hanna kerana mereka sebenarnya mahu Adam untuk berkahwin dengan orang lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Fareeda, ibu Adam untuk memisahkan pasangan ini sehingga menyebabkan Hanna bengang.

Adam hampir termakan dengan hasutan ibunya tapi Hanna cadangkan kepada Adam untuk berjumpa dengan marriage counsellor den untuk memperbaiki hubungan mereka. Walaupun bertemu dengan kaunselor, perkahwinan mereka tetap tidak dapat diselamatkan.

Sementara itu, pasangan ketiga iaitu antara Sumayyah dan Azlan. Sumaiyyah adalah seorang suri rumah yang menjaga suami dan 3 orang anaknya dengan begitu sempurna sekali. Di mata rakan-rakannya, She is the perfect mom and wife. Namun Sumaiyyah juga tahu yang Azlan seringkali curang di belakangnya tapi dia sudah lali dengan keadaan tersebut sehinggalah perempuan simpanan Azlan sendiri yang muncul.

Sumaiyyah menjadi sedih dan kecewa. Dia hendak bercerai tetapi Azlan pula tak mahu. Maka muncul seorang wanita bernama Rozie yang kononnya cuba membantu.

Akhirnya terbongkar bahawa Rozie sebenarnya menyukai Azlan serta menggunakan peluang tersebut untuk mendapatkannya. Apabila Sumaiyyah mendapat tahu, dia terus menjadi sedih dan kecewa. Sumaiyyah tak sangka yang kawan baiknya sendiri mahu merampas suaminya.

Drama Nikah Cerai Rujuk Di Astro Ria

Drama Nikah Cerai Rujuk Di Astro Ria

Drama Nikah Cerai Rujuk Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post