Senarai Pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan ABK 2022

Senarai Pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) kini kembali dan senarai pemenang juga telah pun diumumkan sebentar tadi secara virtual yang berlangsung 15 Disember 2022, Khamis bermula pada jam 9.00 malam.

Acara tahunan berprestij bola sepak tempatan itu diadakan bagi memberikan pengiktirafan kepada pencapaian yang telah diraih pelbagai pihak kepada arena bola sepak tanah air terutamanya kepada pemain dan jurulatih dalam kancah Liga Malaysia musim ini.

Edisi 2022 kali ini menyaksikan 16 kategori anugerah yang dipetandingkan dan pastinya anugerah utama yang ditunggu-tunggu adalah bagi kategori Pemain Paling Bernilai (MVP) yang sebelum ini telah dimenangi oleh pemain JDT, Arif Aiman Hanapi.

Setiap kategori yang dipertandingkan, penganjur, Malaysia Football League (MFL) telah menyenaraikan 10 calon awal bagi setiap kategori pada November yang lalu. Kemudian daripada senarai awal tersebut, akhirnya dikeluarkan senarai akhir yang mana bakal memperlihatkan 3 calon sahaja.

Majlis ABK22 telah disiarkan di unifiTV 701, aplikasi unifi playTV, Youtube unifi dan facebook Live MFL secara langsung.

Senarai Pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022

Jadi jom kita tengok senarai pemenang dariapda 3 pemain terbaik bagi tujuh kategori dengan keputusan undian dibuat oleh 22 ketua jurulatih, 22 ketua pasukan Liga Super dan Liga Premier dan 22 wakil media.

Manakala bagi kategori Gol Terbaik Liga Malaysia 2022 yang merupakan kategori baru dan juga Fan XI telah ditentukan berdasarkan undian daripada para penyokong menerusi platform SurveyMonkey

Penjaring Terbanyak Liga Super 2022

Bergson da Silva (JDT) - 29 gol

Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2022

Darren Lok (KL City) - 10 gol

Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022

Abu Kamara (Kuching City) - 11 gol

Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022

Nurshamil Abd Ghani (Kelantan FC) dan Daryl Sham (JDT II) - 9 gol

Penjaga Gol Terbaik

  • Ahmad Syihan Hazmi (Negeri Sembilan) - Pemenang
  • Kalamullah Al-Hafiz (PJ City)
  • Rahadiazli Rahalim (Terengganu)

Pertahanan Terbaik

  • Ahmad Khuzaimi Piee (Negeri Sembilan)
  • La'vere Corbin- Ong (JDT)
  • Shahrul Saad (JDT) - Pemenang

Pemain Tengah Terbaik

  • Afiq Fazail (JDT) - Pemenang
  • Baddrol Bakhtiar (Sabah FC)
  • Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor)

Penyerang Terbaik

  • Arif Aiman Hanapi (JDT) - Pemenang
  • Darren Lok (PJ City)
  • Faisal Abdul Halim (Terengganu)

Jurulatih Terbaik

  • Bojan Hodak (KL City)
  • Datuk Ong Kim Swee (Sabah FC)
  • Nafuzi Zain (Terengganu) - Pemenang

Pemain Muda Terbaik

  • Arif Aiman Hanapi (JDT) - Pemenang
  • Azam Azmi Murad (Terengganu)
  • Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor)

Pemain Import Terbaik

  • Bergson Da Silva (JDT) - Pemenang
  • Fernando Forestieri (JDT)
  • Paulo Josue (KL City)

Pasukan Terbaik

Johor Darul Ta'zim

Anugerah Fair Play

PJ City FC

Gol Terbaik Liga Malaysia 2022

Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor) - Link

Pemain Paling Bernilai (MVP)

Arif Aiman Hanapi (JDT)

Fan XI

7 pemain JDT, 3 pemain Terengganu, 1 pemain Negeri Sembilan dan 1 Ketua Jurulatih

Senarai Fan XI Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post