ASNB Umumkan Dividen ASB 2022 Sebanyak 5.1 Sen Termasuk Bonus Tambahan

PNB Umumkan Dividen ASB 2022 Sebanyak 5.1%

Bila tiba hujung tahun pastinya ramai yang tertunggu-tunggu berapa dividen yang diumumkan oleh pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bagi produk Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang mana ramai pelabur yang terlibat.

Jadi pada 22 Disember 2022, pihak PNB telah mengumumkan dividen atau pengagihan pendapatan ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 adalah 5.1 sen seunit atau 5.1% iaitu 3.35 sen seunit untuk jumlah pengagihan, 1.25 sen seunit untuk bonus dan 0.50 sen seunit untuk bonus tambahan.

BACA : Cara Daftar ASB Secara Online

Bonus tambahan adalah terhad kepada 30,000 unit pertama sahaja. Kalau bahasa mudahnya, hanya RM30,000 dalam pelaburan ASB anda sahaja yang akan dapat bonus tambahan 0.50 sen tersebut. Manakala 4.60 sen seunit (3.35 + 1.25) untuk keseluruhan jumlah pelaburan anda.

Keseluruhan pengagihan ini membabitkan RM8.9 bilion dengan melibatkan 10.6 juta pemegang saham ASB bagi tahun ini.

PNB Umumkan Dividen ASB 2022 Sebanyak 5.1

BACACara Keluarkan Duit ASB Secara Online

Untuk perbandingan kadar pengagihan pendapatan atau dividen

2019 : 5.00 sen seunit + 0.50 sen seunit (bonus) = 5.50

2020 : 3.50 sen seunit + 0.75 sen seunit (bonus) + 0.75 sen seunit (bonus tambahan) = 5.00

2021 : 4.25 sen seunit + 0.75 sen seunit (bonus) = 5.00

2022 : 3.35 sen seunit + 1.25 sen seunit (bonus) + 0.50 sen seunit (bonus tambahan) = 5.10

2023 : ???


Sumber : Berita Harian

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post