Undian Peringkat Kumpulan BWF World Tour Finals 2022

Undian Peringkat Kumpulan BWF World Tour Finals 2022

Acara kemuncak BWF World Tour 2022 kini telah sampai ke akhirnya apabila HSBC BWF World Tour Finals akan berlangsung bermula 7 hingga 11 Disember 2022 dimana Bangkok, Thailand telah menjadi tuan rumah menggantikan China.

Keputusan ini telah dibuat oleh BWF pada November yang lalu apabila venue kejohanan terpaksa di tukar daripada Guangzhou kepada Bangkok dan juga telah mengawalkan seminggu daripada tarikh kejohanan asal iaitu 14 hingga 18 Disember 2022.

Tahun 2022, terdapat 26 kejohanan yang berlangsung dibawah kalender BWF World Tour dan pada Disember kebiasaanya akan berlangsungnya BWF Super Series Finals yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan USD1,500,000 (~RM6.5 Juta)

Format Pertandingan BWF World Tour Finals 2022

Hanya 8 pemain dengan mata tertinggi yang dikumpul dalam kesemua kejohanan BWF World Tour yang disertai sepanjang tahun 2022 ini sahaja yang layak untuk sertai kejohanan ini. Tetapi terhad hanya 2 wakil bagi setiap negara bagi setiap kategori.

Untuk peringkat final ini, formatnya sedikit berbeza dengan Super Series yang lain dimana terdapat 2 peringkat yang perlu diharungi oleh para pemain iaitu peringkat kumpulan dan peringkat kalah mati.

Bagi setiap kategori, para pemain akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B. Mereka akan bermain secara round-robin dan hanya 2 pemain atau regu teratas sahaja yang layak untuk ke peringkat seterusnya.

Undian Peringkat Kumpulan BWF World Tour Finals 2022

Berikut merupakan keputusan undian peringkat kumpulan bagi kategori Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita, Beregu Lelaki, Beregu Wanita dan Beregu Campuran dalam kejohanan BWF World Tour Finals 2022.

Edisi kali ini, Malaysia tidak mempunyai wakil dalam kategori perseorangan lelaki dan perseorangan wanita. Hanya kategori beregu lelaki, wanita dan campuran sahaja.

Perseorangan Lelaki

[Kumpulan A]

  1. Viktor Axelsen (DEN)
  2. H.S. Prannoy (IND)
  3. Kodai Naraoka (JPN)
  4. Lu Guang Zu (CHN)

[Kumpulan B]

  1. Chou Tien Chen (TPE)
  2. Jonatan Christie (INA)
  3. Loh Kean Yew (SGP)
  4. Anthony Sinisuka Ginting (INA)

Perseorangan Wanita

[Kumpulan A]

  1. Chen Yu Fie (CHN)
  2. An Se Yong (KOR)
  3. Akane Yamaguchi (JPN)
  4. Gregoria Mariska Tunjung (INA)

[Kumpulan B]

  1. Tai Tzu Ying (TPE)
  2. He Bing Jiao (CHN)
  3. Ratchanok Intanon (THA)
  4. Busanan Ongbamrungphan (THA)

Beregu Lelaki

[Kumpulan A]

  • Fajar Alfian/M Rian Ardianto (INA)
  • Ong Yew Sin/Teo Ee Yi (MAS)
  • Takuro Hoki/Yugo Kobayashi (JPN)
  • Choi Sol Gyu/Kim Won Ho (KOR)

[Kumpulan B]

  • Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan (INA)
  • Liu Yu Chen/Ou Xuan Yi (CHN)
  • Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS)
  • Kim Astrup/Anders S Rasmussen (DEN)

Beregu Wanita

[Kumpulan A]

  • Jeong Na Eun/Kim Hye Jeong (KOR)
  • Benyapa Aimsaard/Nuntakarn Aimsaard (THA)
  • Vivian Hoo/Lim Chiew Sien (MAS)
  • J Kititarakul/Rawinda Prajongjai (THA)

[Kumpulan B]

  • Zhang Shu Xian/Zheng Yu (CHN)
  • Chen Qing Chen/Jia Yi Fan (CHN)
  • Pearly Tan/Thinaah Muralitharan (MAS)
  • Apriyani Rahayu/Siti F S Ramadhanti (INA)

Beregu Campuran

[Kumpulan A]

  1. Zheng Siwei/Huang Ya Qiong (CHN)
  2. Goh Soon Huat/Shevon Jamie Lai (MAS)
  3. Thom Gicquel/Delphine Delrue (FRA)
  4. Rinov Rivaldy/Pitha H Mentari (INA)

[Kumpulan B]

  1. D Puavaranukroh/S Taerattanachai (THA)
  2. Wang Yi Lyu/Huang Dong Ping (CHN)
  3. Supak Jomkoh/S Paewsampran (THA)
  4. Tan Kian Meng/Lai Pei Jing (MAS)

Untuk info lanjut berkaitan kejohanan BWF World Tour Finals, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di bwfworldtourfinals.bwfbadminton.com

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post