Jadual Perlawanan PSG VS Riyadh All-Star Mempertemukan Messi Dan Ronaldo

Jadual Perlawanan PSG VS Riyadh All-Star Mempertemukan Messi Dan Ronaldo

Walaupun jarak mereka kini semakin jauh, tetapi dipertemukan sekali lagi di atas padang yang sama apabila Messi dan Cristiano Ronaldo akan mengharungi satu perlawanan persahabatan antara PSG dan Riyadh All-Star XI pada 20 Januari 2023 ini untuk waktu Malaysia.

Kedua-dua pasukan ini akan bersaing dalam Riyadh Season Cup. Pertemuan ini kita dapat saksikan pilihan bintang sensasi daripada kelab Al-Nassr dan Al-Hilal yang bergabung bagi berdepan dengan juara liga Perancis dan pastinya Ronaldo bakal dipilih untuk persaingan yang berlangsung di Arab Saudi.

Kita sedia maklum, seterus 'GOAT' antara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo telah berlaku bertahun-tahun sejak mereka berada di LaLiga untuk kelab masing-masing Barcelona dan Real Madrid. Tapi sepertinya the real GOAT jatuh kepada Messi selepas beliau memenangi Piala Dunia 2022 Qatar baru-baru ini.

Kemudian CR berkelana ke Seria A untuk menyertai Juventus dan akhirnya kembali ke kelab yang telah awal menaikkan namanya, Manchester United. Kini terbang sekali lagi ke Arab Saudi bagi menyertai Al-Nassr. Manakala Messi kini bersama Paris Saint-Germain sejak tahun 2021.

Jadual & Keputusan PSG VS Riyadh All-Star Untuk Riyadh Season Cup

Messi dan Ronaldo boleh diibaratkan ikan dilaut, asam di darat, dalam periuk bikin muafakat. Walau dimana mereka berada, akhirnya kini mereka dipertemukan sekali lagi bagi memberikan aksi permain bola sepak sebenar kepada penonton di atas padang yang sama.

Perlawanan ini juga akan dibawakan secara langsung menerusi beIN Sports saluran Astro 818 dan secara online di Astro Go. Selain itu, untuk pengguna Unifi TV, anda boleh tonton di saluran beIN Sports 1 (708).

Tapi sekiranya anda tidak mempunyai Astro atau Unifi TV, anda masih boleh saksikan perlawanan Riyadh Season Cup tersebut menerusi aplikasi beIN Sports Connect dan perlu langgan dengan harga RM20 sebulan.

*masa dan tarikh mengikut waktu Malaysia

20 Januari 2023 (Jumaat)

FT : Riyadh All- Star XI (4) - (5) PSG

  • Lionel Messi 3'
  • Cristiano Ronaldo 34' (P), 45'
  • Marquinhos 43'
  • Sergio Ramos 53'
  • Hyun-Soo Jang 56'
  • Kylian Mbappe 60' (P)
  • Hugo Ekitike 78'
  • Anderson Talisca 90+4'

Masa : 1.00 Pagi
Tempat : Stadium Antarabangsa King Fahd di Riyadh, Arab Saudi
Tayangan : beIN Sports Astro (818) & Unifi TV (708)
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Jadual Perlawanan PSG VS Riyadh All-Star Mempertemukan Messi Dan Ronaldo

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post