Review Filem Mencuri Raden Saleh Di Netflix. Filem 'Heist' Bukan Biasa-Biasa

Review Mencuri Raden Saleh Di Netflix

Selepas kejayaan tayangan di Indonesia, pada September 2022 filem Mencuri Raden Saleh memasuki pawagam Malaysia. Tetapi filem epik 'heist' ini kini boleh dintonton secara striming menerusi platform penstriman Netflix terutamanya di Malaysia.

Rating : P13
Genre : Drama Aksi Rompakan
Tayangan : Netflix
Tayangan Asal : September 2022
Penulis Skrip : Angga Dwimas Sasongko & Husein M. Atmodjo
Pengarah : Angga Dwimas Sasongko
Produksi : Visinema Pictures, Jagartha, Blibli & Astro Shaw

🎥 Dapatkan Netflix Murah Disini

Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini seperti Iqbaal Ramadhan, Angga Yunanda, Aghniny Haque, Rachel Amanda, Umay Shahab, Ari Irham, Tyo Pakusadewo, Dwi Sasono, Atiqah Hasiholan, Gandindra Bimo, Andrea Dian, Muhammad Khan dan ramai lagi.

Sinopsis Filem Mencuri Raden Saleh

Filem Mencuri Raden Saleh mengisahkan tentang enam remaja yang mempunyai kepakaran dalam bisang masing-masing dengan gelaran seperti The Painter, The Hacker, The Brute, The Negotiator, The Handyman dan The Driver bergabung bagi menjaya misi rompakan sebuah lukisan berjudul Pengeran Diponegoro hasil pelukis maestro Indonesia iaitu Raden Saleh.

Pada awalnya, bukanlah kerja rompakan yang mereka ingin lakukan sebaliknya hanya meniru dan memalsukan lukisan tersebut. Tetapi disebabkan ingin membebaskan ayah salah seorang ahli kumpulan tersebut iaitu Piko, mereka terpaksa menerima kerja rompakan tersebut.

Walaubagaimanapun, hasil kerja mereka akhirnya dihidu oleh polis ketika rompakan berlangsung dan menyebabkan salah seorang ahli mereka tertangkap iaitu Tuktuk ketika ingin cuba melarikan diri. Disebabkan itu juga, kini mereka menjadi buruan polis.

Review Mencuri Raden Saleh Di Netflix

Piko dan Ucup merasakan mereka telah ditipu dan dipermainkan Permadi, mereka mengatur sekali lagi gerak kerja rompakan bagi mendapatkan semula lukisan sebenar yang telah tertukar ketika rompakan pertama mereka gagal tersebut. Ini bertujuan bagi membalas dendam atas penipuan dan pengkhianatan diperlakukan sebelum ini.

Jadi pelbagai aturan dan persediaan rapi telah dibuat untuk memastikan misi rompak balik kali ini menjadi dengan jayanya. Setiap daripada ahli mereka melakukan tugasan masing-masing dengan jayanya sehingga akhirnya mereka berjaya mencuri kembali lukisan tersebut daripada Permadi tanpa pengetahuan beliau.

Tetapi rompakan mereka itu tidak sampai ke penghujung apabila ayahnya Piko sendiri menjadi dalang kepada semua kejadian ini cuba mengkhianatinya pula. Akhirnya lukisan tersebut telah dicuri oleh ayahnya sendiri.

Review Mencuri Raden Saleh

Aku tak sangka filem Indonesia pun mampu untuk menghasilkan sebuah filem 'heist' atau rompakan seperti Mencuri Raden Saleh ni. Nampaknya produksi mereka dah bergerak pantas dan cuba bersaing dengan produksi luar negara yang lebih gah.

Aku suka filem dengan genre rompakan seperti ini dan ditambah pula diselit pula komedi. Jadi tidak terlalu tegang bila tengok dieorang mengatur strategi dan kemudian lakukan rompakan mengikut segala plan yang telah ditetapkan. Tetapi masih mengekalkan keseriusan untuk menjayakan misi merompak lukisan Pengeran Diponegoro tersebut.

Biasa kalau kita tengok filem rompakan ini, kita akan impress dengan strategi yang direncanakan dan juga ketika beraksi untuk merompak. Kedua-dua ini ada dalam filem ini tetapi lagi satu tambahan dia jadi best bila Piko meniru lukisan yang sekan sama dari serba serbi. Kita boleh tengok dia melukis from scretch. Kemudian cat vancas, lukis satu-satu, warna dan sebagainya. Dieorang cuba untuk memberikan se detail yang boleh.

Review Mencuri Raden Saleh Di Netflix

Selain itu, filem ini sebenarnya diserikan dengan plot twist. Mungkin sebenarnya anda boleh jangka pada awalnya, kerana aksi rompakan tu berlaku pada pertengahan cerita. Macam awal sangat kan. Jadi boleh jangka lah akan ada sesuatu berlaku tetapi aku rasa nak tengok juga apa akan jadi. Plot twist ni sebenarnya semua berlaku adalah kerana PENGKHIANAT. Yang jadi mangsa budak-budak kolej tu semua la. Tapi plot twist yang terkakhir la paling best. Korang kena tengok sendiri.

Walaupun banyak baiknya, tapi masih ada la sikit-sikit kekurangan bagi aku. Sepertinya strategi yang diatur tu macam tak munasabah. Sebelum beraksi pun tak terlalu banyak plan yang disajikan. Mungkin pengarah nak fokuskan lebih kepada aksi kot.

Selain itu, ada macam pengarah ambil ringan juga dan seperti biarkan sahaja. Contohnya ketika Tuktuk ditangkap dan ianya dilepaskan begitu sahaja. Tiada tindakan susulan pada awalnya. Dah akhir-akhir baru muncul. Selain itu, takkan takda langsung cap jari pada kenderaan rompakan. Tengok dia lap pun macam takda. Tapi mungkin la pengarah taknak fokuskan sangat bahagian ini. But still the best for me.

Selain daripada aksi rompakan. Ada juga diselitkan dengan nilai persahabatan antara rakan-rakan walaupun baru kenal. Selain itu kasih sayang antara ayah dan anak juga digarapkan. Walaupun takda la sedih sangat. Tapi ok la.

Review Mencuri Raden Saleh Di Netflix

Colour grading cantik. Angle camera pun nice dan takda pun goyang-goyang pening. Aksi lawan nampak ganas walaupun dari seorang perempuan iaitu kekasih hati Piko iaitu Sarah. Adegan 'dewasa' tiada, tapi minum alkohol, main judi macam biasa la. Jadi kalau tak kisah pasal tu, sesuai tonton bersama keluarga dan bagi anak-anak kecil kena pantau la.

Bleh tengok filem Mencuri Raden Saleh - DISINI | DISINI


Rating Mencuri Raden Saleh : 8.5/10

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Review Filem Mencuri Raden Saleh Di Netflix. Filem 'Heist' Bukan Biasa-Biasa"