Telefilem Bedak Arang Di TV2

Telefilem Bedak Arang Di TV2

Saksikan telefilem Bedak Arang yang akan menemui penonton pada 23 Januari 2023, hari Isnin pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di saluran TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem khas yang dibawakan sempena Tahun Baru Cina ini merupakan terbitan syarikat produksi Eccentro Distro Sdn. Bhd., diarahkan oleh Zainorhisyam Samudin aka Wak Dol dengan nukilan skrip daripada Ares Bahar bersama Ekim Imer.

Sinopsis Telefilem Bedak Arang

Telefilem Bedak Arang menampilkan barisan pelakon seperti Jesse Lim, Louisa Chong Abdullah, Akmal Ahmad, Syed Muhammad Irfan, Arbaiah Ahmad Nazdri, Evon Ain, Wei Tian, Phek Lian dan ramai lagi.

  • Alissa Chong Abdullah sebagai Xiu Ching
  • Jesse Lim sebagai Lee
  • Akmal Ahmad sebagai Rahman
  • Syed Irfan sebagai Archer
  • Arbaiah Nadzri sebagai Zulaika

Tonton telefilem Bedak Arang online - disini | disini

Ianya mengisahkan tentang kehidupan Lee sebagai seorang tukang besi yang begitu mengharapkan anak lelakinya mewarisi bakat turun-temurun keluarga mereka sebagai penempa besi.

Tetapi malangnya, anaknya enggan menerima cadangan bapanya itu dan memberikan pelbagai alasan. Situasi itu menyebabkan Lee nekad meneruskan perniagaan tersebut seorang diri.

Sementara itu isterinya, Xiu Ching pula merupakan bekas penyanyi opera terkenal satu ketika dahulu. Namun kerana faktor usia, tiada lagi orang mencarinya untuk membuat persembahan. Masanya banyak dihabiskan di rumah sebagai suri rumahtangga.

Hingga satu hari Lee berdepan dengan penjahat yang memeras ugut untuk mendapatkan wang daripadanya. Lee mula tertekan dengan masalahnya apatahlagi pada masa sama Xiu Ching pula semakin lupa dengan banyak perkara.

Kehadiran seorang budak lelaki yang menunjukkan minat mendalam dalam bidang penempa besi memberikan sinar dalam hidup Lee. Dia mula nampak kepada siapa kerjayanya itu mahu diwarisi. Namun apakah impiannya tertunai?

Telefilem Bedak Arang Di TV2

Telefilem Bedak Arang Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post