Telefilem Cahaya Malaika Di TV9

Telefilem Cahaya Malaika Di TV9

Saksikan telefilem Cahaya Malaika yang akan menemui penonton pada 27 Januari 2023, hari Jumaat pada jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Drama dengan tayangan asal pada tahun 2015 ini merupakan terbitan syarikat produksi Enuja Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin dengan nukilan skrip daripada Ellyna Ahmad.

Sinopsis Telefilem Cahaya Malaika

Telefilem Cahaya Malaika menampilkan barisan pelakon seperti Que Haidar, Sharifah Shahora, adik Luvvna, Normah Damanhuri, Riz Amin, Roy Azman, Ku Faridah, Shazmeer Rasheed dan ramai lagi.

  • Que Haidar sebagai Ezra
  • Sharifah Shahora sebagai Lily
  • Adik Luvvna sebagai Hanna
  • Normah Damanhuri sebagai Mak Ngah
  • Riz Amin sebagai Rizal
  • Roy Azman sebagai Dato' Husni
  • Ku Faridah sebagai Leha

Tonton telefilem Cahaya Malaika online - disini | disini

Ianya mengisahkan tentang Ezra, seorang Penulis Novel yang menghadapi kehidupan yang sukar untuk berkarya. Apabila dibebani dengan masalah hutang keliling pinggang. Membuatkan kehidupan anak dan isterinya turut terhimpit dwngan kemiskinan.

Ezra telah melarikan diri ke kampung halaman dan tinggal dirumah peninggalan ibunya, bagi memulakan hidup baru. Namun, berlaku pula konflik dengan mak sedaranya mengenai rumah peninggalan itu.

Menyebabkan dia gagal menyiapkan karyanya. Isterinya pula telah mengambil keputusan meninggalkan dirinya dan anak. Kerana mahu mengejar kekayaan dan kejayaan dengan memulakan hidup di kota metropolis.

Telefilem Cahaya Malaika Di TV9

Telefilem Cahaya Malaika Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post