Telefilem Gadis KOL Di Astro Citra

Telefilem Gadis KOL Di Astro Citra

Saksikan telefilem Gadis KOL yang akan menemui penonton pada 28 Januari 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra 107 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Celebrate TV dan idea asal daripada tuan pengarah sendiri iaitu Dharma Nasution serta nukilan skrip daripada Bainun Waheeda.

Sinopsis Telefilem Gadis KOL

Telefilem Gadis KOL menampilkan barisan pelakon seperti Shalma Ainaa, Fikry Ibrahim, Didie Alias, Luqman Hafidz, Dee Al-Hadi, Raja Azura, Ps Mansur dan ramai lagi.

  • Fikry Ibrahim sebagai Fauzi
  • Shalma Ainaa sebagai Sofiah Maisarah
  • Didie Alias sebagai Tok Sameah
  • Raja Azura sebagai Raja Azura

Ianya mengisahkan tentang Piah yang hidup bersama neneknya, Tok Sameah selepas kematian kedua ibubapanya. Sejak dari itu, Piah tinggal bersama dan terus membantu neneknya berniaga sehingga berjaya membuka warung makanan sendiri hasil bantuan daripada kawan baiknya, Fauzi.

Niat ingin membantu neneknya, Piah sering kali mencipta content tentang warung neneknya di dalam laman sosial dan berharap pada suatu hari, warung neneknya akan viral dan akan ramai pelanggan yang akan datang.

Pada satu hari, Piah mula dikenali dikenali apabila video memasak bersama neneknya menjadi di viral. Piah kemudian ditawarkan untuk menjadi K.O.L di sebuah syarikat di Kuala Lumpur dan kehidupannya mula berubah.

Telefilem Gadis KOL Di Astro Citra

Telefilem Gadis KOL Di Astro Citra

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post