Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang Di Pawagam Mulai 2 Februari Ini

Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang Di Pawagam Mulai 2 Februari Ini

Saksikan filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang akan menemui penonton serta ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 2 Februari 2023 (Khamis) dan seterusnya. Jangan terlepas untuk menjadi penonton terawal untuk menyaksikannya.

🎫 Dapatkan tiket wayang murah - disini

Kini sebuah lagi filem dengan genre aksi beruniform diketengahkan iaitu daripada Maritim Malaysia. Dikatakan naskah ini telah menelan perbelanjaan kos sehingga RM13 juta kerana penggunaa aset ketenteraan iaitu kapal besar, helikopter, bot laju dan kelengkapan senjata api serta machine gun.

Pada awalnya, filem yang diterbitkan hasil kerjasama Flying Deals Sdn. Bhd. dan Arie Zaharie Production ini diarahkan oleh 2 pengarah tetapi Hashim Rejab terpaksa menarik diri atas komitmen lain dan hanya Allahyarham Pitt Hanif sahaja yang meneruskan sehingga penggambaran selesai.

Sinopsis Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang

Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang menampilkan 2 pelakon popular tanah air sebagai teraju utama iaitu Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin serta dibantu oleh pelakon-pelakon lain.

Antara yang terlibat seperti Adlin Aman Ramlee, Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus, Kodi Rasheed, Gambit Saifullah, Aziz M Osman, Sherie Merlis, Wanna Ali, Jaja Iliyes, Aman Nassim, Yuznor, Azlan Komeng, Hushairi Husain, Akmal Ahmad, Eqy Affandi, Iman Zulkarnain Trisha Ooi dan ramai lagi.

  • Saharul Ridzwan sebagai Leftenan Maritim Hafiz
  • Adlin Aman Ramlee sebagai Samat
  • Julia Farhana Marin sebagai Leftenan Maritim Melati
  • Hazama Azmi Hazama sebagai Kadok
  • Sabri Yunus sebagai Pak Am
  • Aziz M Osman sebagai Rahmat
  • Sherie Merlis sebagai Khatijah
  • Wanna Ali sebagai Nadia

Ianya mengisahkan tentang kehidupan Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat APMM iaitu Leftenan Maritim Hafiz yang ingin memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau.

Keputusan itu dibuat olehnya selepas mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi.

Namun, ketika majlis pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali menyerang dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu bapa serta beberapa tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan.

Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Leftenan Maritim Melati ditugaskan untuk menyiasat kes tersebut.

Krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah berterusan mencabar Hafiz dan APMM, lalu satu operasi besar-besaran diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit tumpas.

Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang Di Pawagam Mulai 2 Februari Ini

Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang Di Pawagam Mulai 2 Februari Ini

1/Post a Comment/Comments

  1. hebat hebat pelakonnya. Filem macam ni la kita kena bawa anak anak menonton. ada nilai moral, ilmu dan pengajaran

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post