Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) 2023

Tahniah Aina Abdul juara AJL 37 dan senarai penuh pemenang 2023

Lagu 'Terus Hidup' ciptaan Aina Abdul dan nyanyian daripada beliau sendiri muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) yang telah berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan beliau seorang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi bersalut emas.

Naib juara pula milik lagu ciptaan sepenuhnya dan nyanyian Joe Flizzow dan Sonaone berjudul 'Satu Malam Di Temasik' yang mana mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 juga beserta trofi.

Tempat ketiga AJL 37 pula milik lagu Anugerah Terindah ciptaam Alif Satar, Shah Shamshiri, Romeo, Tam Cobain dan Efry Arwis nyanyian Alif Star & The Locos menyaksikan mereka memenangi hadiah wang tunai RM30,000 beserta trofi.

Sementara itu, juara AJL 37 iaitu Aina Abdul juga telah dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu Terus Hidup sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 beserta trofi.

Manakala Persembahan Terbaik dimenangi Shiha Zikir yang mempertandingkan lagu Irama sekali agus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 dan trofi.

Anugerah Penyanyi Pilihan Popular ALHA ALFA pula diberikan kepada Khai Bahar yang mana undian sepenuhnya dibuat menerusi TikTok.

Kesemua lagu yang bertanding di peringkat akhir AJL37 ini diadili oleh 10 juri profesional iaitu Datuk Acis, Altimet, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Khir Rahman, Azlan Abu Hassan, Damian Mikhail, LY dan Datuk Mokhzani Ismail bertindak sebagai ketua juri.

Selain 12 finalis yang bertanding, acara itu turut dimeriahkan dengan persembahan Syamel, DeFam, Waris, Blues Gang, Masdo, Exists dan ramai lagi bagi persembahan pembukaan dan penutup.

Berlangsung dengan kemeriah yang luar biasa, AJL37 yang telah dihoskan oleh Jihan Muse dan Sherry Al-Hadad telah berlangsung pada 12 Februari 2023, hari Ahad yang telah dipancarkan menerusi saluran TV3 dan secara online di Tonton.

Berikut merupakan keputusan penuh AJL37:

Penyanyi Pilihan Popular Alha Alfa : Khai Bahar

Persembahana Terbaik : Irama (Shiha Zikir)

Vokal Terbaik : Aina Abdul (Terus Hidup)

Tempat Ketiga : Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos)

Tempat Kedua : Satu Malam Di Temasek (Joe Flizzow & Sonaone)

Juara : Terus Hidup (Aina Abdul)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post