Siaran Langsung Piala Sumbangsih Live JDT vs Terengganu Tahun 2023

Siaran Langsung Piala Sumbangsih JDT vs Terengganu Tahun 2023

Perlawanan pembukaan Liga Super 2023 adalah menerusi piala sumbangsih mempertemukan JDT dan Terengganu bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada 24 Februari 2023, hari Jumaat ini.

Perlawanan ini adalah melibatkan juara liga super 2022 iaitu kelab Johor Darul Ta'zim dan naib juara iaitu kelab Terengganu FC yang mana sekali gus menjadi perlawanan pertama untuk minggu pertama Liga Super.

Selain daripada dinobatkan sebagai juara, pasukan yang menang dalam perlawanan ini akan peroleh 3 mata. Manakala yang tewas 0 mata. Jika tiada pemenang dalam tempoh 90 minit, kedua-dua pasukan bawa pulang 1 mata sahaja.

Untuk rekod, JDT bakal buat penampilan kali kesembilan dalam perlawanan sumbangsih dan sejak itu hanya tewas sekali sahaja. Adakah JDT akan memenanginya buat kali kelapan kali ini? Manakala Terengganu akan beraksi buat kali ketiga dan hanya pernah menang sekali sahaja.

Ini pastinya perlawanan menarik untuk disaksikan bagi semua peminat bola sepak tempatan khususnya bagi penyokong setiap pasukan. Adakah JDT akan terus mempamerkan aksi mantap seperti sebelum-sebelum ini atau Terengganu kali ini kembali dengan sebuah pasukan yang lebih digeruni?

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung JDT vs Terengganu Dalam Perlawanan Sumbangsih Tahun 2023

Untuk perlawanan ini, ianya akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail yang mana sekali gus menjadi home untuk JDT. Jadi orang-orang johor boleh datang ke stadium untuk berikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan anda.

Bagi yang berminat, penonton boleh dapatkan tiket masuk ke stadium secara online dengan layari laman web tickets.jdtfc.com.my. Harga bermula dengan RM14.00.

Tetapi jika anda tidak berkesempatan untuk datang, perlawanan ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran penyiar rasmi iaitu Astro dan RTM. Anda boleh saksikan di TV Okey dan Sukan RTM secara percuma.

Manakala di Astro, akan ditayangkan di saluran Astro Arena 801 dan saluran baru Arena Bola 803. Boleh strim secara online di Astro Go, RTM Klik atau di aplikasi Sooka.

Jadi yang mana sudah tak sabar-sabar nak tengok aksi bola sepak Liga Super. Boleh dapatkan jadual penuh disini dan saksikan juga perlawanan piala sumbangsih secara langsung pada malam ini. Keputusan pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa

24 Februari 2023 (Jumaat)

FT : JDT (2) - (0) Terengganu

  • Juan Muniz 5'
  • Bergson da Silva 57' 

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim, Johor
Tayangan : TV Okey, Sukan RTM, Astro Arena, Arena Bola
Live Streaming : Link 1Link 2

*JDT bawa pulang 3 mata dan dinobatkan sebagai juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang ke-8

Siaran Langsung Piala Sumbangsih JDT vs Terengganu Tahun 2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post