Siaran Langsung Perlawanan Terengganu Vs Rajpracha FC Pra Musim 2023 Di Bangkok

Siaran Langsung Perlawanan Terengganu Vs Rajpacha FC Pra Musim 2023 Di Bangkok

Tidak cukup di Malaysia, Terengganu FC akan mengadakan perlawanan persahabatan pra musim di Bangkok, Thailand bermula 8 Februari hingga 13 Februari 2023 untuk berdepan dengan empat pasukan kesemuanya.

Sepanjang Bangkok Tour 2023, Terengganu akan bertemu tiga pasukan daripada Liga Thailand iaitu Rajpracha FC, Bangkok FC dan Chonburi FC serta satu pasukan daripada Liga Denmark iaitu Odense Boldklub FC.

Untuk perlawanan pertama, Terengganu akan menguji kekuatan berhadapan dengan Rajpracha FC yang kini bermain di liga division 2 Thai League. Masa inilah pengendali baru Tomislav Steinbruckner akan mempersiapkan seluruh pasukannya bagi menghadapi musim terbaru Liga Super 2023.

Jadual & Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Pra Musim Terengganu FC bertemu Rajpracha FC 2023 Di Bangkok

Kesemua empat-empat perlawanan tidak akan ditayangkan secara langsung di saluran Astro, RTM mahupun TV3. Tetapi penyokong TFC boleh strim secara online menerusi TFCPLAY atau klik link dibawah dengan yuran langganan serendah RM7.00 sebulan atau RM60 untuk setahun.

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan persahabatan pra musim antara Terengganu FC bertemu Rajprach FC di Bangkok

*masa yang dipaparkan adalah mengikut waktu Malaysia

8 Februari 2023 (Rabu)

FT : Terengganu FC (1) - (1) Rajpracha FC

  • Zuasyraf Zulkiefle 49'
  • Ronnachai Rangsiyo 54'

Masa : 4.30 Petang
Venue : Stadium Universiti RBAC
Live Streaming : Link 2

Jadual & Keputusan Perlawanan Persahabatan Pra Musim Terengganu FC 2023 Di Bangkok Thailand

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post