Siaran Langsung Perlawanan KL City FC Vs Perak FC Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023

Siaran Langsung Perlawanan KL City FC Vs Perak FC Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023

Kini sudah masuk edisi ke-3 bagi kejohanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan. Untuk tahun 2023 bakal berlangsung pada 4 Februari 2023, hari Sabtu secara live bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

KL City FC selaku tuan rumah telah memulakan kempen pada tahun 2021 dengan memenangi piala ini apabila mengalahkan Selangor ketika itu. Pada tahun 2022, KL City tewas pula kepada Negeri Sembilan dan kini untuk tahun 2023, KL City bakal bertemu pasukan baru Liga Super iaitu Perak FC.

Kita pastinya akan dapat lihat pertembungan dua pasukan dengan masing-masing memiliki kekuatan sendiri. KL City dengan Bojak Hodak dan pemain yang lebih berpengalaman. Manakala Perak pula bersama ketua jurulatih yang pernah berkelana di Jerman sebelum ini iaitu Datuk Lim Teong Kim.

Jadual & Keputusan Perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023

Selain daripada pertembungan 2 pasukan yang hebat, tiket masuk pun tidak kurangnya. Pihak penganjur memaklumkan harga tiket adalah serendah RM1.00. Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat freegift kad XOX pada waktu pembelian.

Tiada jualan secara online. Jadi anda perlu beli tiket di kaunter stadium pada hari perlawanan tersebut. Datang la ramai-ramai penuhkan stadium. Lagi pula harga tiket masuk tak masuk akal tu.

Tapi sekiranya anda tidak berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium, jangan risau! Perlawanan ini akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 serta boleh juga strim secara online di Astro Go.

Berikut merupakan jadual dan keputusan serta waktu sepak mula untuk perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023.

4 Februari 2023 (Sabtu)

FT : KL City FC (3) - (0) Perak FC

  • Caion 34'
  • Paulo Josue 53'
  • G. Gallifuoco 74'

Waktu : 9.00 Malam
Venue : Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur
Tayangan : Astro Arena 801
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Kuala Lumpur City FC Juara Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023

Siaran Langsung Perlawanan KL City FC Vs Perak FC Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post