Siaran Langsung Suku Akhir Malaysia Vs China Di BAMTC Dubai 2023

Siaran Langsung Suku Akhir Malaysia Vs China Di BAMTC Dubai 2023

Dari 17 hingga 19 Februari 2023 akan bermula pula peringkat kalah mati yang bermula dengan pusingan Suku Akhir dimana Malaysia telah diundi bertemu dengan juara bertahan China pada Jumaat ini.

Malaysia telah mengakhiri perlawanan pada peringkat kumpulan di tempat kedua di belakang juara kumpulan B iaitu India selepas mencatat 2 kemenangan dengan 1 kekalahan.

Jika sebelum ini, setiap kategori akan dimainkan untuk mengumpul mata, tetapi untuk peringkat kalah mati, pemenang akan ditentukan apabila mana-mana pasukan berjaya meraih 3 mata atau tiga kemenangan sahaja.

Selain itu, India akan bertemu Hong Kong, Jepun melawan Thailand dan Korea akan berdepan dengan pasukan Indonesia.

Senarai Pemain Dan Keputusan Suku Akhir Malaysia Vs China Di BAMTC Dubai 2023

Sudah azab dengan live streaming di peringkat kumpulan, bermula pusingan suku akhir ini barulah akan disiarkan di tv secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 814 atau boleh juga strim secara online di Astro Go dan Sooka.

Berikut merupakan jadual dan keputusan bagi kesemua perlawanan di suku akhir. Senarai pemain adalah bagi pasukan Malaysia vs China. Masa adalah mengikut waktu Malaysia.

17 Februari 2023 (Jumaat)

Korea (3) - (1) Indonesia - 1.00PM di Astro
Thailand (3) - (2) Jepun - 1.00PM
India (3) - (2) Hong Kong - 8.00PM Court 1 di Astro

China (3) - (2) Malaysia - 8.00PM (live)(live)

[MS] Lei Lan Xi (CHN) vs (MAS) Lee Zii Jia - [16-21, 20-22]

[WS] Gao Fang Jie (CHN) vs (MAS) Goh Jin Wei - [15-21, 21-13, 21-19]

[MD] He Ji Ting/Zhou Hao Dong (CHN) vs (MAS) Ong Yew Sin/Teo Ee Yi - [24-22, 21-18]

[WD] Liu Cheng Shu/Tan Ning (CHN) vs (MAS) Pearly Tan/M Thinaah[17-21, 21-12, 19-21]

[XD] Feng Yan Zhe/Huang Dong Ping (CHN) vs Tan Kian Meng/Lai Pei Jing - [21-15, 25-23]

*Malaysia terkadas di suku akhir. Korea, Thailand, India dan China berjaya mara ke semi final

Untuk senarai penuh pemain bagi pasukan lain yang bermain bagi setiap perlawanan, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di www.tournamentsoftware.com/bamtc2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post