Telefilem Akad Ibu Sejadah Rindu Di TV1

Telefilem Akad Ibu Sejadah Rindu Di TV1

Saksikan telefilem Akad Ibu Sejadah Rindu yang akan menemui penonton pada 18 Februari 2023, hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi G69 4U Sdn. Bhd., diarahkan oleh Rosliana Roslie dengan nukilan skrip daripada Siti Jasmina Ibrahim.

Telefilem Akad Ibu Sejadah Rindu

Telefilem Akad Ibu Sejadah Rindu menampilkan barisan pelakon seperti Amelina Sharipuddin, Che Kem, Ku Faridah, Mimi Ernida, Sahee Shamsudin, Zarina Zainuddin, Azzahra Ahmad, Fauzuly D'Boy dan ramai lagi.

  • Amelina Sharipuddin sebagai Sofia
  • Che Kem sebagai Taufik
  • Ku Faridah sebagai Puan Kalsum
  • Mimi Ernida sebagai Diana
  • Sahee Samsuddin sebagai Danial
  • Zarina Zainuddin sebagai Umi Nora

Ianya mengisahkan tentang Sofia yang dipenjara 15 tahun atas tuduhan membunuh Samad. Sepanjang Sofia dipenjara, suaminya Taufik mengalami kemurungan.

Taufik dan anak-anaknya, Danial dan Diana di jaga oleh mentuanya Puan Kalsum. Puan Kalsum tidak suka Sofia kerana tidak sedarjat dengannya.

Selepas keluar penjara, Sofia mencari suami dan anak-anaknya tetapi tidak berjaya. Berjayakah Sofia mencari suami dan anak-anaknya?

Telefilem Akad Ibu Sejadah Rindu Di TV1

Telefilem Akad Ibu Sejadah Rindu Di TV1

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post