Telefilem Morten Di TV2

Telefilem Morten Di TV2

Saksikan telefilem Morten yang akan menemui penonton pada 6 Februari 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi EF Kencana Sdn. Bhd., diarahkan oleh Zaili Sulan dengan nukilan skrip daripada Raiha Bahaudin.

Sinopsis Telefilem Morten

Telefilem Morten menampilkan barisan pelakon seperti Danish Hazriq, Qistina Raisah, Wong Wei Tian, Kumaresan, Fazlina Dato' Ahmad Daud, Idham Maulana, Lee Yu Kiong, Zahrin Aris dan ramai lagi.

  • Danish Hazriq sebagai Adi
  • Qistina Raisah seabgai Dhiya
  • Wong Wei Tian sebagai Lim
  • Kumaresan sebagai Insp. Nathan
  • Zahrin Aris sebagai Sarjan Razak

Ianya mengisahakn tentang penduduk kampung Morten dan Kampung Hailam yang tidak mempunyai persefahaman walaupun tinggal bersebelahan.

Dhiya dan Adi adalah remaja dari Kampung Morten. Mereka telah ke Kampung Hailam untuk melihat kawasan kejadian kes lemas.Mereka berdua berkenalan dengan Lim. Sejak itu mereka bersahabat baik. Lim juga sering ke Kampung Morten untuk berjumpa dengan Dhiya dan Adi.

Pak Jasmi, penduduk kampung Morten tidak suka melihat keakraban Lim, Dhiya dan juga Adi. Apabila berlaku kes kecurian di kedua-dua kampung, Pak Jasmi mula menuduh penduduk Kampung Hailam yang melakukannya. Hal itu menyebabkan penduduk kedua-dua kampung mula bergaduh.

Telefilem Morten Di TV2

Telefilem Morten Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post