Dokumentari MH370: The Plan That Disappeared Kini Bolah Ditonton Di Netflix

Dokumentari MH370: The Plan That Disappeared Kini Bolah Ditonton Di Netflix

Hari ini, 8 Mac 2023 genap 9 tahun apabila peristiwa yang menggemparkan dunia apabila pesawat Malaysia Airlines MH370 diisytiharkan hilang iaitu pada tahun 2014.

Hari ini juga, Netflix akan keluarkan dokumentari khas yang bertajuk MH370: The Plan That Dissapeared yang boleh ditonton dan strim bermula 8 Mac ini sehingga seterusnya. Anda boleh langgan dengan harga serendah RM17.00 sahaja.

Ini bukan filem tau, ianya siri dokumentari.

Beberapa minggu yang lalu juga Neflix telah kongsikan trailer untuk dokumentari MH370 bersiri ini dan telah mendapat pelbagai riaksi daripada pengguna internet. Jadi untuk ketahui keseluruhannya, anda perlu tonton sendiri dokumentari ini.

Kisah Dokumentari MH370: The Plan That Disappeared

Kisahnya bermula apabila pesawat MH370 yang gagal dihubungi selepas tidak sampai sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 tengah malam 8 Mac 2014, membawa bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal ketika dalam penerbangan ke Beijing.

153 daripada penumpangnya adalah warga China sementara 50 orang adalah warga Malaysia termasuk anak kapal. Penumpang selebihnya adalah daripada 12 negara berbeza antaranya Indonesia, Australia, India, Perancis dan Amerika Syarikat.

Pada jam 1.09 pagi, “Good night, Malaysian three-seven-zero” menjadi mesej terakhir daripada kokpit pesawat tersebut sebelum ia hilang dari radar.

Sejam selepas waktu sepatutnya ia mendarat di ibu kota China tersebut iaitu pada jam 6.30 pagi waktu tempatan, syarikat penerbangan Malaysia Airlines mengisytiharkan bahawa pesawatnya itu telah hilang dan gagal dikesan.

Sebelum kehilangannya, pesawat tersebut menjalani penerbangan yang normal & tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda mencurigakan, tiada isyarat kecemasan, cuaca buruk mahupun kepincangan teknikal.

Dokumentari MH370: The Plan That Disappeared Kini Bolah Ditonton Di Netflix

Pada 24 Mac, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dengan rasminya mengisytiharkan bahawa pesawat tersebut dipercayai hilang di sekitar Lautan Hindi dan tiada seorang pun yang terselamat. 

Sepanjang tahun 2015 dan 2016, beberapa penemuan serpihan badan pesawat ditemui di pesisiran pantai barat Lautan Hindi, namun tidak satu pun yang akhirnya sah & tulen daripada pesawat malang tersebut.

Segala kajian, penemuan dan teori daripada pakar-pakar penerbangan & bidang berkaitan, tiada satu pun yang dapat menjawab pelbagai persoalan yang berbangkit untuk menjelaskan misteri kehilangan MH370 sehingga hari ini.

Jadi anda boleh saksikan siri dokumentari ini untuk mendapat gambaran lebih terperinci tentang peristiwa kehilangan pesawat MH370 ini yang hanya ditayangkan di Netflix sahaja. Ianya ditayangkan untuk 3 episod iaitu:

  • Episod 1 : The Pilot
  • Episod 2 : The Hijack
  • Episod 3 : The Intercept

Tonton dokumenari siri 3 episod MH370: The Plan That Disappeared - Netflix

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post