Info Dan Sinopsis Drama Lecturerku Oppa Di iQIYI

Drama Lecturerku Oppa Di iQIYI

Saksikan drama terbaru berjudul Lecturerku Oppa yang akan menemui penonton mulai 3 Mac 2023, bersiaran setiap hari Jumaat dan Sabtu pada jam 9.00 malam secara eksklusif hanya di penstriman online iQIYI di www.iq.com dan aplikasi mobile.

Anda boleh tonton secara percuma drama ini dan jika anda pengguna VIP, anda boleh dapat akses 2 episod lebih awal. Boleh tonton disini.

Drama romantik 12 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Arie Zaharie Production, diarahkan oleh Fairuz Loy dengan nukilan skrip bersama daripada Nadia Rahim, Hajar Edwina dan Maisurah Rahim.

Sinopsis Drama Lecturerku Oppa

Drama Lecturerku Oppa menampilkan barisan pelakon seperti Jang Han Byul, Sweet Qismina, Naim Daniel, Farisha Iris, Raja Atiq, Carmen Soo, Yusof Hashim, Haeriyanto Hassan dan ramai lagi.

  • Han Byul sebagai Hyun
  • Sweet Qismina sebagai Sara
  • Naim Daniel sebagai Nizam
  • Farisha Iris sebagai Naura
  • Raja Atiq sebagai Zafrul

Ianya mengisahkan tentang Jung-Hyun Hwang iaitu seorang pensyarah Fakulti Pengurusan Pelancongan di Universiti tempatan yang terletak di ibu negara. Dia orang Korea yang bercakap Bahasa Melayu.

Di sebalik rupa paras dan sanjungan ramai pelajar di kampus itu, dia hanya meminati seorang pelajar iaitu gadis Melayu bernama Sara. Dan apabila Sara ditugaskan untuk membuat projek di Korea, Hyun berkeras untuk membantunya supaya mereka dapat meluangkan masa bersama.

Sara sangat tahan pada mulanya tetapi dia perlahan-lahan jatuh cinta semasa satu perjalanan kampus mereka. Namun begitu, hubungan antara pelajar dan pensyarah bukanlah mudah.

Akhirnya, Hyun memeluk Islam dan mengambil nama baru Daniel Abdullah. Menempuh perjalanan baharunya bersama Sara, orang yang disayanginya. Tetapi pertamanya dia mesti tahu tentang 2 perkara iaitu PUASA dan BERKHATAN.

Jadi nak ketahui kesudahannya, jangan lupa untuk saksikan drama Lecturerku Oppa mulai 3 Mac 2023, setiap hari Jumaat dan Sabtu, pada pukul 9.00 malam hanya di platform penstriman iQIYI dan aplikasi mobile.

Drama Lecturerku Oppa Di iQIYI

Drama Lecturerku Oppa Di iQIYI

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post