Siaran Langsung Live Malaysia B-22 Merlion Cup 2023

Siaran Langsung Live Malaysia Bawah 22 Merlion Cup 2023

Selain daripada skuad senior, Harimau Muda untuk skuad bawah-22 juga akan menghadapi sebuah perlawanan jemputan iaitu kejohanan Merlion Cup 2023 di Stadium Jalan Besar yang melibatkan 4 buah negara iaitu Malaysia, Kemboja, Hong Kong dan tuan rumah Singapura.

Jadi kejohanan ini akan berlangsung bermula 24 hingga 26 Mac 2023 dimana perlawanan pembukaan bakal mempertemukan Malaysia B-22 dan Kemboja B-22 serta Hong Kong B-22 dan Singapura B-22 iaitu berlangsung pada 24 Mac 2023. Pasukan yang menang akan ke final dan yang tewas akan berebut tempat ke-3 dalam hari yang sama juga iaitu pada 26 Mac 2023.

Skuad Harimau Muda bawah 22 yang kini bersama dengan ketua jurulatih kebangsaan, E. Elavarasan mengaggap kejohanan ini merupakan platform terbaik untuk persiapan skuad kendaliannya bagi menghadapi kejohanan bola sepak Sukan SEA 2023 yang dijadualkan berlangsung pada April ini di Kemboja.

Sebelum ini, E. Elavarasan telah memanggil 26 pemain bagi persiapan menghadapi kejohanan ini. Seperti yang disenaraikan oleh pihak FAM, 4 pemain daripada JDT II, 9 daripada Selangor, 5 pemain masing-masing daripada KL City dan Terengganu serta 3 pemain daripada Kedah. 12 pemain juga diletakkan dalam senarai bersedia sekiranya terdapat perubahan dalam senarai utama.

Dengan senarai pemain yang dibawa kali ini, nampaknya skuad muda negara bersedia untuk memberikan saingan dan tentangan yang baik kepada pihak lawan. Selain daripada gelaran juara, E. Elavarasan pastinya inginkan keserasian bagi semua pemainnya sekali gus dapat memberikan aksi yang cemerlang di atas padang.

Untuk rekod, kejohanan tahunan Merlion Cup tahun ini merupakan edisi yang ke-8 yang kesemuanya berlangsung di Singapura sebagai penganjur dan tuan rumah. Kali terakhir diadakan adalah pada tahun 2019 dimana Singapura dengan skuad B-22 ketika ini buat kali pertama menjuaran kejohanan ini apabila mengalahkan Thailand B-22 dengan jaringan 1-0.

Malaysia juga dipanggil untuk sertai kejohanan ini iaitu pada edisi pertama iaitu tahun 1982 dan 1985 yang mana ketika itu melibatkan pasukan dan skuad utama. Kedua-duanya menyaksikan pasukan negara hanya berada di tempat keempat sahaja.

Kejohanan yang menggunakan format round-robin kali ini kembali dengan skuad level yang sama seperti edisi lalu iaitu Bawah-22 dan pastinya Singapura ingin mengekalkan kejuaraan yang dimiliknya seperti sebelum ini.

Jadual Perlawanan Merlion Cup 2023 Untuk Pasukan Malaysia

Sekiranya peminat bola sepak di Malaysia ingin datang ke Singapura untuk menyaksikan perlawanan ini, anda boleh dapatkan tiket masuk stadium dengan harga SGD12 (~RM40) untuk Cat 1 dan SGD10 (~RM33) untuk Cat 2 yang mana boleh dibeli secara online di www.sistic.com.sg

Tapi jangan risau jika anda tidak berkesempatan untuk datang ke negara seberang untuk menyaksikan aksi pasukan Harimau Muda apabila perlawanan ini turut akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 2 802 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go untuk pengguna Astro.

Selain itu, anda juga boleh strim menerusi platform web dan aplikasi Sooka dengan langganan serendah RM34.90 sebulan untuk pakej VIP+Sports. Selain itu, boleh juga saksiakn pelbagai kandungan drama, filem tempatan dan antarabangsa serta untuk aksi sukan yang lain.

Jadi jangan lupa untuk berikan sokongan kepada pasukan Malaysia B-22 yang akan bermain untuk Merlion Cup 2023 kali ini. Saksikan dan tonton beramai-ramai aksi pasukan kebangsaan ini dan mendaoakan supaya diberi kemanangan sepanjang kejohanan

24 Mac 2023 (Jumaat)

FT : Kemboja (2) - (4) Malaysia

  • Haqimi Azim 13'
  • Ruventhiran 30'
  • Lim Pisoth 36'
  • Sieng Chanthea 50'
  • Fergus Tierney 62'
  • Najmudin Akmal 73'

Masa : 5.00 Petang
Tempat : Stadium Jalan Besar, Singapura
Tayangan : Astro Arena 2 802
Live Streaming : Link 1 | Link 2

FT : Singapura (0) - (1) Hong Kong

Masa : 8.30 Malam
Tempat : Stadium Jalan Besar, Singapura
Live Streaming : Link 1 | Link 2

26 Mac 2023 (Ahad)

[Tempat Ke-3/4]

FT : Singapura (1) - (2) Kemboja

Masa : 5.00 Petang
Tempat : Stadium Jalan Besar, Singapura
Live Streaming : Link 1 | Link 2

[Final]

FT : Malaysia (2) - (1) Hong Kong

  • Najmudin Akmal 74'
  • Safwan Mazlan 79'
  • Lau Ka Kiu 80'

Masa : 8.30 Malam
Tempat : Stadium Jalan Besar, Singapura
Tayangan : Astro Arena 2 802
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3 (VPN)

Senarai Pemenang

Juara - Malaysia B-22
Naib Juara - Hong Kong B-22
Tempat Ketiga - Kemboja B-22
Tempat Keempat - Singapura B-22

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post