Siaran Langsung Live Malaysia vs Turkmenistan Perlawanan Persahabatan 2023

Siaran Langsung Live Malaysia vs Turkmenistan Perlawanan Persahabatan 2023

Yang ditunggu-tunggu kini telah tiba apabila aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1 kini bermula apabila bakal mempertemukan pasukan Malaysia dan Turkmenistan yang mana perlawanan ini akan berlangsung pada 23 Mac 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Sultan Ismail, Johor.

Kesemua aksi liga bola sepak di seluruh dunia kini dihentikan seketika apabila bakal memberi peluang untuk aksi pasukan kebangsaan bagi setiap negara yang berlangsung bermula 20 hingga 28 Mac ini dimana ianya termaktub dalam kalendar FIFA.

Jadi tiada aksi Liga Super untuk 2 minggu ini. Tapi kita semua akan disajikan dengan aksi persembahan daripada skuad Harimau Malaya apabila mereka akan mengharungi dua perlawanan persahabatan Tier 1 dalam tempoh ini iaitu bertemu Turkimenistan dan Hong Kong (28 Mac kelak).

Perlawanan ini cukup penting untuk pasukan negara kerana inilah peluang untuk mengumpul point bagi memperbaiki rangking FIFA. Tambahan lagi, ini adalah masanya ketua jurulatih, Kim Pan Gon menjadi pemain terbaik bagi mempersiapkan pasukannya menghadapi Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung di Qatar pada awal 2024 kelak.

Untuk rekod, Malaysia yang kini menduduki tangga ke-145 dunia pernah menewaskan pasukan yang lebih tinggi kedudukannya termasuk Turkmenistan yang kini berada di tangga ke-135 dunia seperti yang disenaraikan dalam rangking FIFA.

Jika anda masih ingat lagi, kali terakhir Malaysia mengalahkan Turkmenistan adalah ketika bertemu di saingan kelayakan AFC Asian Cup 2022 yang lalu. Ketika itu, mereka diundi dalam kumpulan yang sama iaitu Group E dan seluruh Stadium Bukit Jalil ketika itu menjadi saksi apabila Malaysia berjaya ke Asian Cup 2023 buat kali pertama secara merit.

Dalam saingan itu, Malaysia memperoleh 2 kemenangan dengan 1 kekalahan. Kemenangan itu adalah ketika bertemu Bangladesh dan Turkmenistan. Perlawanan itu juga sebenarnya adalah pertama kali pasukan Malaysia bertemu Turkmenistan. Jadi perlawanan persahabatan ini adalah kali kedua.

Jadi pastinya pasukan Turkmenistan ingin membalas dendam atas kekalahan tersebut dengan kelebihan yang mereka ada jika berpandukan rangking FIFA. Tapi pemain-pemain Harimau Malaya pastinya tidak akan membiarkan perkara tersebut berlaku. Mereka juga mempunyai kelebihan apabila akan beraksi di halaman sendiri dan didepan penyokong setia mereka.

Walaupun kali ini anak-anak buah Kim Pan Gon tidak bermain di stadium keramat mereka di Bukit Jalil, sebaliknya bermain di stadium yang lebih canggih iaitu Stadium Sultan Ismail di Johor, pastinya sokongan akan tetap terus diberikan tanpa berbelah bahagi. Kini seramai 27 pemain kesemuanya dipilih untuk aksi perlawanan persahabatan ini.

Jadual Perlawanan Persahabatan Tier 1 FIFA Malaysia vs Turkmenistan 2023

Jadi untuk penyokong setia yang sentiasa berada di belakang skuad Harimau Malaya, jangan lupa untuk datang ke stadium untuk berikan sokongan padu selama 90 minit permainan. Perlawanan pula dilewatkan bagi memberi peluang untuk umat Islam terutamanya melakukan solat taraweh terlebih dahulu, memandangkan perlawanan ini jatuh pada hari pertama Ramadan.

Yang jauh boleh datang ke selatan tanah air dan yang berhampiran di negeri Johor pastinya akan turun beramai-ramai bagi memberikan sorakan terbaik. Jangan lupa dapatkan tiket masuk yang sudah boleh dibeli secara online menerusi www.tickethotline.com.my dengan harga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM5 untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun.

Selain itu, seperti yang diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), tiada penjualan tiket secara fizikal yang akan dibuat diperkarangan stadium. Tidak boleh tidak, siapa yang nak masuk kena beli tiket secara online.

Tapi jangan risau kalau anda tidak berkesempatan untuk datang, kerana perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di kaca tv anda menerusi saluran Astro Arena 801 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go. Selain itu, saluran ini juga anda boleh strim di platform web dan aplikasi Sooka secara percuma.

Tidak cukup dengan itu, perlawanan ini turut akan disiarkan di saluran TV9 khusus bagi mereka yang tidak mempunyai Astro. Anda boleh tonton di saluran Astro 149 atau myfreeview 109. Tiada tv pun, anda masih boleh strim secara online menerusi web atau aplikasi Tonton secara percuma dalam format HD.

Sudah teruja bukan untuk saksikan lagi aksi-aksi pemain Harimau Malaya. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Malaysia vs Turkmenistan untuk aksi Perlawanan Persahabatan Antarabangsa FIFA Tier 1 2023.

23 Mac 2023 (Khamis)

FT : Malaysia (1) - (0) Turkmenistan

  • Akhyar Rashid 29'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : Astro Arena 801 dan TV9
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post