Siaran Langsung Manchester United Vs West Ham FA Cup 2023

Siaran Langsung Manchester United Vs West Ham FA Cup 2023

Selepas kemenangan bergaya di Carabao Cup, pasukan terhebat dunia, Machester United akan meneruskan cabaran dalam Piala FA dengan bertemu West Ham United pada pagi Khamis, 2 Mac 2023 untuk waktu Malaysia.

Ini merupakan perlawanan bagi pusingan kelima atau fifth round FA Cup 2022-2023 yang mana pemenang akan bergerak ke pusingan suku akhir dan menjadi 8 pasukan terbaik. Tiada timbal balik bagi perlawanan ini.

Untuk pusingan suku akhir akan dibuat undian semula dimana akan berlangsung sejurus selepas tamat perlawanan pada pagi ini. Selepas itu, kita akan tahu lawan bagi setiap pasukan yang layak ke pusingan ini.

Untuk rekod, Manchester United bermula dengan pusingan ketiga bertemu Everton dan menang dengan jaringan 3-1. Kemudian di pusingan keempat bertemu Reading juga menang dengan jaringan yang sama 3-1. Kali ini untuk pusingan kelimat akan bertemu West Ham United pula.

Adakah rentak kemenangan boleh diteruskan untuk perlawanan kali ini? Atau adakan West Ham United secara tiba-tiba akan bertukar menjadi Real Madrid (kalau barcelona pun kalah hari tu, jadi guna Real plak) dan berjaya mengalahkan skuad Eric Tan Hag? Nantikan...

Siaran Langsung Manchester United Vs West Ham United Di FA Cup 2023

Jangan risau untuk penyokong The Red Devils terutamanya di Malaysia dimana kali ini siaran langsung akan ditayangkan di Astro dan bukan seperti ketika Carabao Cup yang lepas. Jadi boleh tengok live.

Perlawanan ini akan ditayangkan menerusi saluran Astro Supersport 4 HD (CH814) atau pelanggan Astro boleh strim secara online di astrogo.astro.com.my secara percuma. Tak perlu lah nak cari link live streaming lagi kalau dah ada Astro.

Berikut merupakan jadual dan keputusan bagi perlawanan pusingan kelima FA Cup 2022-2023 antara Manchester United melawan West Ham United #MUNWHU

2 Mac 2023 (Khamis)

FT : Manchester United (3) - (1) West Ham United

  • Benrahma 54'
  • Aguerd 77' (OG)
  • Garnacho 90'
  • Fred 90+5'

Masa : 3.45 Pagi
Venue : Old Trafford
Tayangan : Astro Supersport 814

*Manchester United berjaya mara ke suku akhir FA Cup 2022-2023

Undian Peringkat Suku Akhir FA Cup 2023

Manchester City vs Burnley

Manchester United vs Fulham

Brighton & Hove Albion vs Grimsby Town

Sheffield United vs Blackburn Rovers

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post