Telefilem Balasan Dosa Di TV9

Telefilem Balasan Dosa Di TV9

Saksikan telefilem Balasan Dosa yang akan penonton semula pada 27 Mac 2023, bersiaran pada hari Isnin jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan terbitan syarikat produksi Rashbir Media Sdn. Bhd., diarahkan oleh Rashid Sibir dengan nukilan skrip daripada Basri Musa

Sinopsis Telefilem Balasan Dosa

Telefilem Balasan Dosa menampilkan barisan pelakon seperti Jasmin Hamid, Jalil Hamid, Nad Zainal, Octovia Manrose, Fahrin Ahmad, Nadzmi Adwha, Liza Abdullah dan ramai lagi.

  • Jasmin Hamid sebagai Timah
  • Jalil Hamid sebagai Sahak
  • Nad Zainal sebagai Aminah
  • Octovia Manrose sebagai Senah
  • Fahrin Ahmad sebagai Shahrul
  • Nadzmi Adwha sebagai Nizam

Ianya mengisahkan tentang seorang ibu angkat iaitu Timah yang tidak adil dalam membahagikan kasih sayang kepada anak-anaknya. Sahak dan Timah sudah lama berkahwin tetapi masih tiada anak. Disebabkan itu, mereka mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat diberi nama Aminah.

Sahak amat sayang kepada Aminah begitu juga Timah.

Timah yang terpengaruh dengan hasutan kawanya lalu bertindak mendera Aminah dan menghalau Aminah keluarg dari rumah tersebut.

Sahak menenangkan Aminah tapi adakah Senah akan melayan Aminah seperti kakak kandungnya atau mengikut perlakuan Timah? Adakah Aminah akan menemui kebahagian dalam hidupnya?

Telefilem Balasan Dosa Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post