Telefilem Gerabak Cinta Di TV3

Telefilem Gerabak Cinta Di TV3

Saksikan telefilem Gerabak Cinta yang akan menemui penonton pada 4 Mac 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Naskah yang pernah ditayangkan pada tahun 2018 ini menampilkan gandingan pelakon seperti Nina Iskandar, Redza Rosli, Fizo Omar dan ramai lagi.

Telefilem romantik komedi ini merupakan terbitan syarikat produksi Sha's Media Sdn. Bhd., diarahkan oleh Eoon Shuhaini dengan nukilan skrip daripada Khairul Kiasan.

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Gerabak Cinta ini seperti Redza Rosli, Nina Iskandar, Fizo Omar, Man Raja Lawak, Lia Asmizza, Dato' Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.

  • Redza Rosli sebagai Khairul
  • Nina Iskandar sebagai Luna
  • Fizo Omar sebagai Ramy
  • Man Raja Lawak sebagai Cheng
  • Nelissa Edreena sebagai Anis

Sinopsis Telefilem Gerabak Cinta

Telefilem Gerabak Cinta mengisahkan tentang Luna iaitu seorang usahawan berjaya yang ditipu oleh tunangnya, Razi. Dia berasa sangat kecewa dan hidupnya selepas itu menjadi kelam-kelabut

Disebabkan itu juga, perniagaan yang mereka usahakan rugi kerana Razi terbabit dengan skandal wang haram. Tidak cukup dengan itu, Razi juga mempunyai perempuan simpanan sedangkan dia sudah bertunang.

Sementara itu, Gie pula baru sahaja dibuang kerja. Walaupun masih mencari kerja, dia tetap tenang dan ceria bagi mengharungi hari-harinya seperti biasa. Dia redha dan menerima apa yang terjadi kepadanya. Sehinggalah pada satu hari dia berjumpa dengan Luna di stesen LRT.

Adakah pertemuan mereka akan tiba di stesen percintaan?

Jadi nak tahu apa kesudahan telefilem Gerabak Cinta ini, jangan lupa saksikan telefilem ini pada 4 Mac 2023, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam di saluran TV3.

Telefilem Gerabak Cinta Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post