Drama Alamak Lagi-Lagi Dia - Sinopsis Dan Tayangan Di TV Okey

Drama Alamak Lagi-Lagi Dia Di TV Okey

Saksikan drama terbaru Alamak Lagi-Lagi Dia yang akan menemui penonton mulai 24 April 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Sabtu pada jam 2.30 petang menerusi saluran RTM di TV Okey atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Drama 30 episod yang merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama 'Alamak! Lagi-Lagi Dia' karya Mazni Aznita ini merupakan terbitan syarikat produksi AN Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Amor Rizan dengan nukilan skrip daripada Farhana Fauri.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Alamak Lagi-Lagi Dia seperti Wafariena Roslan, Iman Zulkarnain, Hariz Hamdan, Nazzaty Rusli, Alia Zekri, Ikhlas Jalil, Jaafar Onn, Shaharuddin Thamby, Amy Nur Tinie, Hasnol, Sazrin Aizul, Anne Ngasri, Ewan Fauzi, Darling Ngasri dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Wafariena Roslan sebagai Syafika
  • Iman Zulkarnain sebagai Nadim Imran
  • Hariz Hamdan sebagai Idham Hariz
  • Nazzaty Rusli sebagai Gina
  • Alia Zekri sebagai Puan Bahyah
  • Ikhlas Jalil sebagai Bakri
  • Jaafar Onn sebagai Dato Fakri
  • Anne Ngasri sebagai Marcella
  • Shahruddin Thamby sebagai Tan Sri Jabbar

Sinopsis Drama Alamak Lagi-Lagi Dia

The Loser gelaran yang tidak pernah dimahunya. Namun kerana sekeping surat dia menjadi mangsa buli di sekolah.

Trauma dengan seorang insan bernama Idham Hariz di zaman persekolahannya, membuatkan Syafika tidak pernah punya teman lelaki, walau asyik blind date dengan lelaki-lelaki berbeza.

Nadim Ammar, si Pianist yang selamba, keras kepala tetapi punya prinsip tersendiri tentang cinta. Bertunang dengan Emilia, anak Tan Sri Jabbar bukan atas kerelaan hati.

Drama Alamak Lagi-Lagi Dia Di TV Okey

Drama Alamak Lagi-Lagi Dia Di TV Okey

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post