Drama Saya Tunggu Awak - Sinopsis Dan Tayangan Di TV1
Saksikan drama terbaru Saya Tunggu Awak yang akan menemui penonton mulai 21 April 2023, bersiaran setiap hari Jumaat hingga Ahad pada jam 6.45 petang menerusi slot Widuri di TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Drama 26 episod yang merupakan adaptasi novel 'Saya Tunggu Awak' karya Bonda Nor ini adalah terbitan syarikat produksi Ansar Creative Media, diarahkan oleh Khalid Nazri dengan nukilan skrip daripada Intan Zarina.
Barisan Pelakon
Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Saya Tunggu Awak ini seperti Puteri Sarah Liyana, Amar Asyraf, Azlee Khairi, Nazeera Sardi, Neera Azizi, Husna Mustaffa, Kodi Rasheed, Adam Shah, Dian P. Ramlee, Haeriyanto, Badrul Muhayat dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Puteri Sarah Liyana sebagai Hanna Mardhiah
- Azlee Khairi sebagai Rafiq Aqlan
- Amar Asyraf sebagai Farhan
- Husna Mustaffa sebagai Hayati
- Nazeera Sardi sebagai Maria
- Neera Azizi sebagai Sarah
Sinopsis Drama Saya Tunggu Awak
Drama Saya Tunggu Awak mengisahkan tentang Ustazah Hanna Mardhiah dalam mempertahankan kesetiaannya terhadap suaminya Farhan yang serba kekurangan tatkala diuji dengan tawaran cinta dari Rafiq yang punya seribu satu kelebihan.
Post a Comment for "Drama Saya Tunggu Awak - Sinopsis Dan Tayangan Di TV1"
Post a Comment